2,450 kes baharu, lima kematian

November 20, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Sabtu, 19 November 2022) turun semula kepada 2,450 kes, berbanding 3,037 kes yang dilaporkan pada Jumaat, menurut Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 4,965,666 kes, dengan 4,901,917 pesakit telah sembuh, termasuk 3,000 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,789 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 458 kes (penerima dua dos); 194 kes (individu tidak divaksinasi); dan sembilan kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Sementara itu, data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga kini 27,156 kes masih aktif, turun lagi berbanding 27,711 yang dilaporkan sehingga Jumaat.

Daripada jumlah itu, 25,217 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (25,737 pesakit pada Jumaat); dan 1,848 dirawat di hospital, turun berbanding 1,868 pada Jumaat.

Seramai 91 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (106 pada Jumaat), dengan 63 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (53 pada Jumaat).

Sementara itu, lima pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau brought in death (BID), dilaporkan.

Daripada jumlah kematian itu, tiga kes dilaporkan di Perak, termasuk satu kes BID, dan masing-masing satu di Sabah dan Selangor.

Jumlah itu menjadikan kumulatif kematian akibat komplikasi Covid-19 yang dilaporkan mulai 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,593 kes, termasuk 7,783 kes BID.

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 1,099 (1,523,260)
  • Kuala Lumpur – 192 (460,934)
  • Sabah – 218 (402,941)
  • Johor – 47 (396,513)
  • Sarawak – 70 (319,265)
  • Kedah – 85 (314,323)
  • Pulau Pinang – 136 (303,416)
  • Kelantan – 51 (257,331)
  • Perak – 101 (235,832)
  • Negeri Sembilan – 50 (228,320)
  • Pahang – 71 (180,334)
  • Melaka – 171 (140,228)
  • Terengganu – 59 (131,278)
  • Putrajaya – 88 (30,440)
  • Labuan – 6 (22,525)
  • Perlis – 6 (18,726)

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Popular
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
10 jam lalu · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
16 jam lalu · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
17 jam lalu · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
17 jam lalu · Isu semasa
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Mahathir di Grand Finale PRK Kemaman
15 minit lalu
[VIDEO] UMNO sepatutnya tadbir negara bersama PN, bukan dengan DAP
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok