23 pemandu mabuk ditahan di KL

May 22, 2022 · Isu semasa

Polis menahan 23 individu termasuk seorang warga emas berumur 68 tahun kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan di sekitar ibu negara sejak Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata selain 23 individu berkenaan, pihaknya turut menahan lapan individu kerana menunggang dalam keadaan berbahaya dengan melakukan aksi zig-zag, roket, superman serta bersaing sesama sendiri.

“Kesemua suspek (lapan individu) berkenaan yang berusia dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun telah dibawa ke Balai Polis Trafik, Kuala Lumpur dan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu Sarifudin berkata tangkapan lain melibatkan seorang individu yang melakukan kesalahan menghalang tugas penjawat awam, seorang disyaki menunggang motosikal curi manakala seorang lagi dipercayai memiliki dadah, lapor Bernama.

Beliau berkata dalam Operasi Motosikal dengan kolaborasi Jabatan Alam Sekitar semalam pula, pihaknya mengeluarkan sembilan saman kepada pemandu hasil ujian terhadap 20 kenderaan kerana tidak mematuhi spesifikasi struktur kenderaan (ekzos) yang ditetapkan.

Menurutnya secara keseluruhan 435 jumlah saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan trafik dan 13 motosikal disita atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos) sepanjang tiga hari operasi Samseng Jalanan, Op Motosikal/Pelbagai Kesalahan itu.

Sarifudin berkata operasi bermula pada Jumaat dan selesai awal pagi tadi dijalankan di sekitar ibu kota termasuk Jalan Raja Laut, Jalan Genting Klang, Jalan Kuching, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2).

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok