22 kematian, 26.4 peratus libatkan pesakit berusia 80 tahun ke atas

January 21, 2022 · Isu semasa

Jumlah kematian akibat komplikasi Covid-19 di seluruh negara sejak awal 2020 hingga semalam meningkat kepada 31,853 kes termasuk 6,425 pesakit meninggal dunia sebelum sempat mendapatkan rawatan di hospital (BID).

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan jumlah itu diperoleh setelah 22 lagi kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk lima daripadanya melibatkan kes BID.

Berdasarkan taburan kematian mengikut kumpulan umur untuk seminggu lalu, yang dikemas kini dalam laman sesawang KKM, Covidnow tengah malam tadi, 26.4 peratus pesakit meninggal dunia adalah dalam kalangan individu berusia 80 tahun dan ke atas.

Sebanyak 20.8 peratus lagi melibatkan pesakit berusia 60 hingga 69 tahun; 17.9 peratus (70-79 tahun); 16.0 peratus (50-59 tahun); 12.3 peratus (40-49 tahun); 4.7 peratus (30-39 tahun); dan 1.9 peratus (18-29 tahun).

Mengikut statistik Covidnow, seramai tujuh pesakit dilaporkan meninggal dunia di Selangor semalam, menjadikan kumulatif kematian di negeri itu mencecah 10,031 kes, termasuk 2,125 kes BID.

Sehingga semalam Selangor mencatat 802,660 kumulatif positif, dengan 782,092 pesakit telah sembuh, dan 10,537 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu, 8,896 pesakit menjalani kuarantin di rumah; 917 ditempatkan di PKRC; 699 dimasukkan ke hospital; dan 25 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 10 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sehingga semalam seramai 4,782,306 atau 94.5 peratus populasi Selangor telah lengkap divaksinasi, 4,849,408 atau 95.7 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, dan 2,432,849 individu lagi menerima dos penggalak.

Bagi negeri-negeri lain, Perak merekodkan tiga kematian diikuti masing-masing dua di Johor, Negeri Sembilan, Sabah, serta Terengganu; dan masing-masing satu di Kedah, Kelantan, Pahang, dan Sarawak.

Tiada kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sejak awal 2020 hingga semalam negara merekodkan 2,820,927 kumulatif positif dengan 97.4 peratus daripadanya atau 2,747,457 pesakit telah sembuh, dan 41,617 kes masih aktif.

Daripada jumlah kes aktif itu seramai 34,722 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah; 4,048 ditempatkan di PKRC; 2,687 dimasukkan ke hospital; dan 160 pesakit dirawat di ICU, termasuk 72 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok