1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan

December 8, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan 19 dokumen perbankan syarikat yang mahu digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya.

Permohonan rayuan dibuat bekas Perdana Menteri bergelar banduan itu ditolak Mahkamah Rayuan hari ini selepas panel tiga Hakim tidak menerima alasan diberikan pihak pembelaan.

Najib sebelum ini memohon untuk mendapatkan dokumen bank dipercayai berkaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau lebih dikenali Jho Low dan keluarga bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Nordin Hassan, menetapkan keputusan itu secara sebulat suara.

Pada 25 Oktober lalu, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berhujah permohonan dokumen membabitkan syarikat yang dikawal oleh Jho Low dan keluarga Zeti ada pada pihak pendakwaan dan pihak berkuasa Malaysia.

Pihak berkuasa Singapura yang didakwa menyiasat skandal kewangan 1MDB di negara itu memberikan dokumen berkenaan kepada pihak berkuasa Malaysia termasuk Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram, berkata dokumen itu adalah pramatang dan tidak relevan dengan perbicaraan Najib, selain ia hanya boleh dimohon selepas perintah membela diri.

Katanya, tidak dinafikan kewujudan dokumen itu serta bebanan terletak pada pihak pembelaan untuk menunjukkan bahawa permohonan mereka adalah berdasarkan bukti yang boleh diterima dan bukannya keterangan bersifat dengar cakap.

Pada 12 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah, menolak dua permohonan Najib yang meminta pendakwaan perbicaraan kes 1MDB mendedahkan dokumen perbankan dikaitkan dengan keluarga Zeti selepas dikatakan menerima wang daripada Jho Low.

Najib memfailkan permohonan pada 24 Mac tahun lalu untuk meminta pendakwaan memberikan penyata perbankan daripada beberapa syarikat, termasuk Aktis Capital Singapore Pte Ltd, Country Group Securities Public Company Ltd, ACME Time Ltd (BVI), Butamba Investments Ltd dan Central Holdings Ltd.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga memfailkan permohonan kedua pada 7 April tahun lalu untuk mendapatkan perjanjian penyelesaian sulit antara kerajaan dan Goldman Sachs Group pada 2020 dan transkrip atau laporan forensik berhubung telefon bekas rakan kongsi Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner.

Bekas Perdana Menteri terbabit berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Berita berkaitan
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
10 jam lalu· Politik
Perbicaraan kes rasuah Bung Moktar dan isteri ditetapkan pada Julai
11 jam lalu· Isu semasa
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
11 jam lalu· Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
14 jam lalu· Politik
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Kes bunuh dan bakar wanita, reman seorang lelaki disambung 5 hari
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
1 jam lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
4 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
4 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
4 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
54 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok