17,000 lembu di Kedah berisiko dijangkiti LSD

July 17, 2021 · Isu semasa

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah menjangkakan sebanyak 17,000 ekor ternakan lembu dan kerbau di negeri ini berisiko dijangkiti penyakit kulit kental/berbonjol (LSD) dengan kadar kematian kurang tiga peratus atau 500 ekor.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kedah Dr Shaharul Akmar Talib berkata sekiranya penyakit itu tidak dikawal, anggaran kerugian akibat kematian ternakan boleh mencecah sehingga RM1.29 juta secara keseluruhan.

“Selain itu, kerugian juga boleh dialami disebabkan oleh ternakan menjadi tidak sihat dan kurus, kekurangan pengeluaran bagi lembu tenusu, kerosakan pada daging yang menyebabkan tidak boleh dijual dan juga kerosakan kulit ternakan.

“Berdasarkan maklumat, jumlah ternakan lembu dan kerbau di Kedah adalah sekitar 57,500 ekor dengan 5,000 penternak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas mengenai lembu yang akan disembelih sempena sambutan Aidil Adha minggu depan, termasuk syarat-syarat bagi memastikan lembu berkenaan bebas penyakit.

Beliau berkata setakat Isnin lepas, JPV Kedah telah memeriksa sebanyak 263 premis melibatkan 7,046 ekor ternakan di seluruh negeri.

Dr Shaharul berkata hasil pemeriksaan tersebut mendapati sebanyak 52 ekor ternakan daripada 30 premis dikesan memiliki tanda-tanda jangkitan LSD.

“Daripada 52 ekor ternakan tersebut, 50 kes telah diambil sampel dan 10 ternakan adalah positif, lima kes negatif dan sebanyak 35 kes pula masih menunggu keputusan makmal. Empat ekor ternakan yang positif telah dilupuskan,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kemalangan keretapi ERT langgar 14 ekor lembu, semua mangsa terselamat
November 3, 2023· Isu semasa
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok