1,597 kes baharu, enam kematian

December 10, 2022 · Isu semasa

Jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 9 Disember 2022) turun kepada 1,597 kes, berbanding 1,616 yang direkodkan pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif Covid-19 sejak 25 Januari 2020 hingga semalam meningkat kepada 5,008,452 kes, dengan 4,951,236 pesakit telah sembuh, termasuk 2,596 yang pulih semalam.

Menurut data laman sesawang Github KKM, daripada jumlah jangkitan baharu itu, 1,068 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan dos penggalak; 355 kes (penerima dua dos); 169 kes (individu tidak divaksinasi); dan lima kes (individu belum lengkap divaksinasi).

Data laman sesawang KKMNOW yang dikemas kini tengah malam tadi menunjukkan sehingga semalam 20,468 kes masih aktif, turun semula berbanding 21,473 yang dilaporkan sehingga Khamis.

Daripada jumlah itu, 19,145 pesakit masih menjalani kuarantin di rumah (20,068 pesakit pada Khamis); dan 1,237 pesakit dirawat di hospital, turun berbanding 1,324 pada Khamis.

KKM juga memaklumkan tiada pesakit ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Seramai 86 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi, turun berbanding 81 pada Khamis, dengan 54 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (58 pada Khamis).

Berikut adalah jumlah kes harian setiap negeri semalam, serta kumulatif positif sejak Januari 2020:

  • Selangor – 463 (1,538,350)
  • Kuala Lumpur – 147 (464,641)
  • Sabah – 76 (405,846)
  • Johor – 24 (397,315)
  • Sarawak – 137 (321,981)
  • Kedah – 92 (316,985)
  • Pulau Pinang – 133 (305,753)
  • Kelantan – 64 (259,326)
  • Perak – 96 (237,671)
  • Negeri Sembilan – 73 (229,849)
  • Pahang – 56 (181,858)
  • Melaka – 131 (143,054)
  • Terengganu – 22 (132,416)
  • Putrajaya – 58 (31,682)
  • Labuan – 18 (22,850)
  • Perlis – 7 (18,868).

Sementara itu, enam pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, termasuk satu kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau ‘brought ini death’ (BID).

Angka itu menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam sebanyak 36,748 kes, termasuk 7,830 kes BID.

Empat daripada kematian, termasuk satu kes BID, dilaporkan di Selangor, manakala masing-masing satu di Johor dan Perlis.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Cara mudah bersihkan rumah akibat banjir
December 26, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok