[KEMAS KINI] 12,373 pesakit sembuh, 41 kluster baharu dikesan

July 28, 2021 · Isu semasa

Seramai 143 pesakit Covid-19, termasuk 20 bukan warganegara Malaysia, meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu kepada 8,551 kes.

Jumlah tertinggi pesakit sembuh daripada jangkitan Covid-19 direkodkan semalam, 27 Julai 2021, iaitu seramai 11,526 pesakit.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu pesakit yang sembuh juga melonjak kepada 12,373 menjadikan kumulatif sembuh sebanyak 877,812 kes, sementara 175,113 kes lagi masih aktif.

“Sehingga kini 1,016 pesakit masih dirawat di unit rawatan rapi dengan 529 memerlukan bantuan alat pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu beliau memaklumkan dalam tempoh 24 jam itu sebanyak 17,405 kes baharu dilaporkan menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik Covid-19 melanda negara tahun lalu, kepada 1,061,476 kes. Jumlah kes baharu itu turut membabitkan 3,058 bukan warganegara Malaysia.

Mengikut data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, Selangor mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 7,171 kes menjadikan keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 387,764.

Ini diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,880 kes baharu. Kedah mencatatkan lonjakan semula apabila merekodkan 1,112 kes baharu berbanding 1,000 kes yang dilaporkan semalam.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 17,405 kes harian yang dilaporkan hari ini, sebanyak 374 kes atau 2.1 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5, manakala 17,031 kes (97.9 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa Covid-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

“Secara keseluruhan, hanya 2,032 kes atau 11.7 peratus daripada jumlah kes pada hari ini mempunyai sejarah vaksinasi Covid-19,” katanya.

Sementara itu beliau berkata 41 lagi kluster baharu direkodkan menjadikan keseluruhannya 3,568 kluster dengan 1,050 kluster masih aktif.

Daripada jumlah itu, 22 kluster membabitkan jangkitan di tempat kerja yang melibatkan 1,089 individu dengan 145 daripadanya adalah di Tapak Bina Depot Laluan Klang, Selangor.

Pulau Pinang dan Selangor masing-masing merekodkan empat kluster tempat kerja, diikuti masing-masing tiga di Kuala Lumpur dan Melaka; masing-masing dua di Kedah, Johor dan Negeri Sembilan; dan masing-masing satu di Pahang dan Perak.

Sementara itu, enam kluster komuniti dilaporkan di Kelantan; Sabah (tiga); Pahang (dua); dan masing-masing satu di Terengganu, Johor, Melaka, Kedah dan Perak.

Johor dan Kelantan turut melaporkan masing-masing satu kluster pusat tahanan, manakala satu kluster pendidikan dikesan di Selangor.

Mengenai kadar kebolehjangkitan, Dr Noor Hisham berkata berdasarkan data terkini pada 27 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14.

Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30) diikuti oleh Kelantan (nilai RT 1.27), dan Johor, Sabah, serta Kedah (nilai RT 1.23). Semua negeri mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Perlis.

Mengenai spike protein Covid-19 di Malaysia, Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa, kajian berterusan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah mengenal pasti sebanyak 10 kes varian baharu virus SARS-CoV-2 yang mana kesemuanya adalah varian Delta (B.1.617.2).

“Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai Variant of Concern (VOC) dan Variant of Interest (VOI) adalah sebanyak 439 kes. Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 419 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah Variant of Interest (VOI).

“Secara keseluruhan, sehingga kini, bagi VOC terdapat sebanyak 206 kes varian Beta, 199 kes varian Delta dan 14 kes varian Alpha manakala bagi VOI terdapat 13 kes varian Theta, empat (4) kes varian Kappa, dan tiga (3) kes varian Eta,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Selesaikan isu harga makanan di kantin, jangan ikut formula Rafizi
January 9, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok