102 kes Covid-19 berkaitan sidang Dewan Rakyat dikesan

August 15, 2021 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini memaklumkan mengesan lima lagi kes positif Covid-19 ketika persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, menjadikan sehingga kini, jumlah keseluruhan kes dikesan berkaitan persidangan Parlimen adalah 102 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata lima kes baharu tersebut telah dimaklumkan pada 13 Ogos 2021 yang melibatkan lima sekeluarga, di mana kes pertama bergejala adalah individu yang menghadiri sidang Parlimen tersebut.

“Tiga kes mempunyai nilai kitaran ambang atau CT value RT PCR antara 16.98 sehingga 22.76 iaitu kebolehjangkitan yang tinggi, manakala dua lagi adalah di antara 28.98 sehingga 33.98.

“Kesemua mereka telah lengkap mendapat dua dos vaksin. Mereka hanya bergejala ringan dan menjalani kuarantin di kediaman masing-masing,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata daripada 30 kes itu, dua kes membabitkan Ahli Parlimen; masing-masing sembilan kes pengiring dan pegawai agensi kerajaan.

“Turut terlibat adalah tujuh kes lain-lain iaitu membabitkan ahli keluarga; dua kes kontraktor dan satu kes daripada kakitangan Parlimen.

Semua kes itu dikesan pada Sidang Mesyuarat Khas Parlimen yang telah diadakan pada 26 Julai sehingga 29 Julai 2021.

Menurutnya KKM, Parlimen dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berbincang mengenai beberapa penambahbaikan yang diperlukan sebagai persediaan pembukaan semula Parlimen bagi mengurangkan lagi risiko penularan jangkitan sebelum dan semasa persidangan.

Kesiapsiagaan ini terdiri daripada langkah memastikan individu-individu pelbagai kategori dan dari pelbagai negeri yang hadir ke Parlimen supaya mereka sihat dan tidak dijangkiti Covid-19 pada masa tersebut.

Selain itu katanya, keadaan persekitaran serta bahagian dalaman Parlimen dikaji dan ditambahbaik supaya selamat, kurang risiko dan tidak menjadi tempat penularan Covid-19.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok