PRU15 selewat-lewatnya Julai 2022

August 13, 2021 · Isu semasa

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berjanji Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung Julai tahun depan.

Bagaimanapun, beliau berkata PRU15 itu akan diadakan bergantung kepada situasi pandemik Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

“Saya tidak berhasrat untuk terus berpaut pada dahan kuasa.

“Dalam keadaan ini, adalah wajar mandat dipulangkan semula kepada rakyat untuk memilih kerajaan yang baharu apabila tiba masa yang lebih sesuai.

“Justeru, bergantung kepada situasi pandemik, saya membuat akujanji bahawa pilihanraya umum ke lima belas akan diadakan selewat-lewatnya pada penghujung bulan Julai tahun hadapan,” katanya ketika menyampaikan pengumuman khas secara langsung hari ini.

Pada awal pengumuma itu, Perdana Menteri berkata Malaysia dijangka mencapai kadar vaksinasi 100 peratus populasi dewasa dan 80 peratus populasi keseluruhan pada bulan Oktober tahun ini, iaitu dalam jangkamasa dua bulan akan datang.

“Pada masa itu, insya-Allah, kes-kes Covid-19 akan mencatatkan penurunan yang ketara dan menjadi lebih terkawal.

“Apabila negara kita telah pulih daripada wabak ini, saya percaya bukan sahaja kita semua dapat kembali kepada kehidupan biasa, tetapi dapat bersama-sama membawa semula negara kita ke mercu kejayaan dan kegemilangan,” katanya.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Gesaan DAP supaya pilihan raya PBT diadakan di KL, pemimpin UMNO membisu
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Tak jawab tuduhan, tapi PM baharu saman MP Kuala Terengganu pula
December 22, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok