Silap beri vaksin kedua: Jabatan Kesihatan Kedah mohon maaf

August 9, 2021 · Isu semasa

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin Covid-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah pusat pemberian vaksin (PPV) di Sik pada 5 Ogos lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr Othman Warijo dalam kenyataan hari ini berkata siasatan pihaknya mendapati memang berlaku kesilapan disebabkan jururawat di PPV berkenaan tidak memeriksa kad suntikan vaksin penerima sebelum memberi suntikan kedua.

Kejadian berlaku 5 Ogos 2021 pada jam 8.25 pagi di Bilik Suntikan 1 PPV Dewan Al Hana, Sik. Penerima vaksin tersebut adalah seorang wanita berumur 58 tahun yang hadir ke PPV untuk mendapatkan suntikan dos kedua vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNtech.

“Kesilapan telah berlaku apabila jururawat kesihatan memberi suntikan vaksin keluaran Sinovac. Kesilapan disedari oleh petugas yang lain dan terus memaklumkan kepada penyelia dan pengurus PPV,” katanya.

Dr Othman berkata pada hari berkenaan terdapat lebih daripada satu jenis vaksin digunakan di dewan tersebut iaitu sebanyak 1,043 suntikan bagi dos pertama vaksin Pfizer-BioNtech, 141 dos kedua vaksin Sinovac dan 223 dos kedua Pfizer-BioNtech.

Menurutnya pengasingan dan laluan penerima suntikan ke bilik imunisasi dos pertama Pfizer-BioNtech, dos kedua Pfizer-BioNtech dan dos kedua Sinovac telah dilakukan supaya tidak berlaku kesilapan suntikan vaksin yang berbeza.

Katanya, garis panduan pengendalian vaksin juga sentiasa diberi oleh penyelia jururawat sebelum bermulanya sesi imunisasi setiap hari.

“Jururawat terbabit telah mengakui kesilapan yang telah dilakukan dan telah memohon maaf secara peribadi kepada penerima vaksin berkenaan. Beliau juga telah diberi teguran, diberi kaunseling dan direhatkan daripada tugasan pada hari tersebut,” katanya.

Dr Othman berkata sejurus kesilapan itu disedari penerima vaksin tersebut telah dirujuk kepada pegawai perubatan untuk kaunseling dan diperjelaskan mengenai kesan sampingan vaksin yang biasa berlaku selepas suntikan.

“Penerima vaksin tersebut menerima baik penerangan yang telah diberikan dan memaafkan jururawat tersebut. Pemantauan telah dibuat terhadap penerima vaksin itu sebelum dibenarkan pulang,” katanya.

Katanya, JKN Kedah prihatin dengan kejadian yang berlaku dan bagi memastikan kesilapan tidak berulang, pematuhan kepada garis panduan pengendalian vaksinasi akan lebih ditekankan kepada petugas-petugas di PPV dan sentiasa dipantau oleh penyelia atau pengurus PPV.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok