Covid-19 menular di empat negeri di Utara, Perlis rekod jangkitan tertinggi

August 7, 2021 · Isu semasa

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi turun sedikit berbanding hampir 21,000 kes yang dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata dalam tempoh itu, 19,257 jangkitan baharu direkodkan menjadikan kumulatif 1,243,852 kes, dengan Lembah Klang terus menyumbang kes tertinggi sebanyak 9,590 kes.

Mengikut data terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini, empat negeri di Utara Semenanjung mencatatkan peningkatan mendadak dengan Perlis buat kali pertama merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 41 kes.

Kedah turut merekodkan lonjakan daripada 1,371 kes yang dicatatkan pada Jumaat, kepada 1,514 jangkitan baharu hari ini, sementara kes di Perak naik daripada 624 kes kepada 774 kes, manakala Pulau Pinang merekodkan 959 kes berbanding 776 kes pada Jumaat.

Pahang turut merekodkan peningkatan jangkitan daripada 610 kes yang dilaporkan semalam kepada 714 jangkitan hari ini.

Negeri-negeri lain menunjukkan penurunan, namun Selangor merekodkan kes tertinggi dengan 7,084 jangkitan, turun sedikit daripada 8,792 yang dicatatkan semalam. Begitu juga kes di Kuala Lumpur, turun kepada 2,450 kes berbanding 2,483 kes semalam.

Semalam, negara mencatatkan kes harian tertinggi dengan 20,889 kes, susulan penularan varian Delta yang kini menjadi dominan di Malaysia. Jumlah itu turut disumbangkan kes membabitkan bukan warganegara Malaysia seramai 3,404 pesakit.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok