Peniaga wanita sebar berita palsu Covid-19 kena siasat

July 29, 2021 · Isu semasa

Seorang peniaga wanita yang menyebarkan berita palsu selepas melihat beberapa anggota polis memakai pakaian penuh perlindungan diri (PPE) sambil membawa mayat seorang lelaki, dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaannya itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata polis mengambil keterangan wanita berusia 47 tahun itu setelah satu pesanan suara tular hingga mencetuskan panik masyarakat di Sungai Bakap.

“Polis merakam percakapan seorang peniaga wanita yang didakwa menyebar berita palsu melalui pesanan suara berhubung penularan wabak Covid-19 di Sungai Bakap, di sini sehingga mencetuskan panik masyarakat di kawasan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu satu laporan dibuat Ketua Balai Polis Sungai Bakap berhubung perkara berkenaan pada jam 1.30 tengah hari semalam.

“Wanita itu memaklumkan dia menghantar pesanan berkenaan kelmarin, ketika sedang menjalankan perniagaan di tepi jalan besar Sungai Bakap dan ternampak konvoi pasukan polis menghala ke Hospital Sungai Bakap (HSB) dengan mengenakan pakaian penuh perlindungan diri (PPE).

“Tujuan dia menghantar pesanan suara itu adalah untuk memberi ingatan kepada ahli keluarga dan rakan supaya berjaga-jaga dengan virus Covid-19 yang semakin meningkat.

“Bagaimanapun, siasatan mendapati pesanan suara dihantar wanita itu melalui aplikasi WhatsApp mengandungi berita palsu sebelum ia tular lalu mencetuskan panik dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Chong Chern berkata, hasil semakan juga mendapati punca wanita itu bertindak demikian selepas dia melihat pasukan polis dari Balai Polis Sungai Bakap membawa mayat seorang lelaki yang meninggal dunia di Kampung Valdor.

“Anggota polis memakai PPE sebagai perlindungan diri dan langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlaku perkara di luar jangkaan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (b) kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok