Pendaftaran, kelulusan guna vaksin lalui syarat ketat: Khairy

July 28, 2021 · Isu semasa

Kerajaan menyediakan peraturan ketat untuk meluluskan pendaftaran vaksin Covid-19 tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengeluarkan tatacara Direktif Berkenaan Pelaksanaan Pendaftaran Fast-Track Bersyarat Untuk Produk Farmaseutikal Semasa Bencana, untuk pendaftaran vaksin berkenaan.

Tatacara itu merangkumi syarat yang ketat, antaranya memastikan produk digunakan untuk penyakit serius dan mengancam nyawa serta berpotensi menyebabkan wabak, epidemik dan pandemik.

Pertimbangan lain ialah produk (ubat dan vaksin) sedia ada berdaftar belum berjaya membasmi penyakit atau mencegah wabak, epidemik dan pandemik.

“Dan, ketiga produk mestilah sekurang-kurangya sedang menjalani kajian klinikal fasa III yang mempunyai data awal berkaitan keselamatan dan keberkesanan berdasarkan sekurang-kurangnya satu kajian klinikal fasa III yang telah dirancang dengan baik dan menunjukkan keselamatan dan keberkesanan produk farmaseutikal dengan jelas.

“Turut ditetapkan produk telah berdaftar atau diberi ’emergency use authorization’ oleh badan regulatori negara pengeluar atau badan regulatori rujukan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) atau WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia),” katanya pada sesi Penerangan Menteri pada Sidang Khas Dewan Rakyat, hari ini.

Selain itu, pendaftaran vaksin Covid-19 yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX juga dipermudah cara menerusi mekanisme pengiktirafan, berdasarkan WHO ‘Emergency Use Listing (WHO EUL).

Menerusi mekanisme itu, katanya, pakej laporan dan dos vaksin termasuklah mengemas-kini maklumat sesuatu vaksin akan diterima terus oleh NPRA daripada WHO.

“Selain daripada keperluan Pemegang Pendaftaran Produk oleh syarikat farmaseutikal tempatan, setiap kilang pengeluaran vaksin juga akan dinilai oleh NPRA, sebelum kelulusan bersyarat diberikan.

“Pematuhan pihak pengilang vaksin terhadap keperluan Amalan Perkilangan Baik (APB) juga menjadi kriteria utama dalam memastikan produk yang dihasilkan berkualiti mengikut piawaian, di samping meminimum risiko yang mungkin wujud dalam aktiviti pengeluaran,” katanya.

Beliau berkata, daripada lapan jenis vaksin Covid-19 yang terdapat di dalam portfolio pelalian kebangsaan, enam daripadanya sudah melepasi penilaian NPRA dan mendapat kelulusan pendaftaran bersyarat daripada PBKD.

Vaksin itu ialah Vaxzevria (AstraZeneca) diluluskan pada 2 April; vaksin Janssen (J&J) pada 15 Jun; Comirnaty (Pfizer) 8 Januari 2021; Sinovac pada 2 Mac 2021, AstraZeneca 2 Mac dan CanSino pada15 Jun 2021.

Sementara itu, katanya, vaksin Sputnik V keluaran Gamaleya National Research Centre for Epidemiology and Microbiology, Russia ketika ini masih melalui proses penilaian NPRA, manakala bagi vaksin Novavax yang ditawarkan pembeliannya menerusi fasiliti COVAX masih belum mendapat kelulusan WHO EUL.

“Selain daripada vaksin di dalam portfolio pelalian kebangsaan, ada dua lagi jenis vaksin Covid-19 yang turut mendapat kelulusan bersyarat daripada PBKD, iaitu Sinopharm dan Johnson & Johnson diluluskan 16 Julai lalu.,” katanya.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok