Covid-19: Kedah menunjukkan trend lonjakan semakin membimbangkan

July 22, 2021 · Isu semasa

Lonjakan mendadak jangkitan Covid-19 di Kedah mulai 8 Julai sehingga sekarang dikatakan berpunca daripada kegagalan mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pada 7 Julai, Kedah merekodkan 198 kes positif Covid-19, tetapi ia mula meningkat kepada 360 kes sehari selepas itu, sehinggalah yang tertinggi dicatatkan semalam (21 Julai 2021) sebanyak 800 kes berbanding 701 kes pada Selasa.

Bagaimanapun dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah jangkitan baharu yang direkodkan adalah 701 kes – suatu angka yang dianggap tinggi jika diperhatikan daripada awal penularan wabak pada Mac tahun lalu.

Dua daerah – Kuala Muda dan Kulim – merekodkan jangkitan baharu tertinggi iaitu masing-masing sebanyak 294 kes dan 183 kes. Baling juga merekodkan jumlah yang tinggi iaitu 100 kes.

Tidak seperti Selangor dan Kuala Lumpur serta negeri padat penduduk yang lain di mana jangkitan menular di tempat kerja, kes di Kedah lebih banyak berlegar di dalam komuniti. Puncanya dikatakan kurang pematuhan terhadap SOP ditetapkan.

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Othman Warijo.

Dr Mohd Hayati dilaporkan berkata sebahagian besar lonjakan kes Covid-19 di Kedah kebelakangan ini berpunca daripada kontak rapat berikutan kurangnya pematuhan terhadap SOP ditetapkan kerajaan.

Katanya kes merebak terlalu cepat dalam kalangan komuniti apabila ada individu yang positif pulang ke rumah atau kampung sebelum menjangkiti ahli keluarga dan orang terdekat.

“Selepas itu mereka pergi bekerja seperti kes di kilang yang sebenarnya bermula daripada komuniti dan kembali menjangkiti komuniti.

“Kes negeri ini turut meningkat kerana saringan bersasar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Muda dengan kebanyakan individu disaring positif Covid-19,” katanya.

Semalam Kedah mencatatkan 800 kes baharu Covid-19 dengan dua daerah merekodkan kes tertinggi iaitu 238 di Kuala Muda dan 290 di Kulim.

Dr Othman pula berkata majoriti kes positif adalah dalam kalangan kontak rapat, diikuti saringan bergejala, kluster dan tempat kerja.

“Berdasarkan senario ini, kami mengandaikan amalan norma baharu belum dihayati secukupnya. Ada kluster baharu berpunca daripada majlis atau kenduri keluarga dan anak cucu yang pulang melawat ibu bapa yang kurang sihat,” katanya.

Dr Othman turut memaklumkan katil di Hospital Kulim kini penuh manakala pesakit Covid-19 dimasukkan ke hospital hibrid lain yang masih kosong.

Mengenai dakwaan katil di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani dan Hospital Kulim penuh, Dr Mohd Hayati pula berkata, penambahan akan dilakukan termasuk di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Apabila HSAH penuh, kita hantar pesakit Covid-19 ke Hospital Kulim, Hospital Baling dan Hospital Sik. Bagaimanapun, hospital ini kecil tidak seperti HSAH dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar yang mana ada kalanya ia cepat penuh.

“Jadi kita menambah katil di hospital dan PKRC. Bagi pesakit Covid-19 dalam kategori empat dan lima, mereka akan dirawat di hospital manakala kategori dua dan tiga di PKRC sedia ada,” katanya.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok