Berita palsu kebenaran rentas negeri bagi individu lengkap dos vaksin

July 22, 2021 · Isu semasa

Berita tular dalam media sosial yang mengatakan kebenaran merentas negeri diberikan kepada individu lengkap dua dos vaksinasi adalah palsu, kata Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media sosial.

KKM menjelaskan petikan video tular yang dimaksudkan merupakan video siaran berita arus perdana bertarikh 1 April lepas yang berdurasi selama satu minit serta telah disunting dan disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp untuk mengelirukan orang ramai.

Kementerian itu menasihati masyarakat untuk sentiasa membuat semakan di media sosial rasminya untuk mendapatkan maklumat terkini yang sahih.

Terdahulu pada 17 Julai lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kelonggaran bagi individu yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pemulihan Negara.

Ia bagaimanapun masih belum diumumkan secara rasmi dan memerlukan penelitian dan kajian lebih mendalam sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok