Labuan contoh kerajaan tak pincang lawan Covid-19: Tengku Zafrul

July 18, 2021 · Isu semasa

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membidas sesetengah pihak yang mendakwa kerajaan gagal menangani pandemik Covid-19, sedangkan hakikatnya ada negeri yang sudah beralih daripada Zon Merah kepada Hijau.

Menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai contoh usaha berterusan kerajaan, beliau berkata wilayah itu melonjak pada peringkat nasional apabila berjaya menurunkan jumlah jangkita harian dengan mendadak.

“Sebelum ini satu zon merah dengan kadar R-Naught melangkaui 2.4 – lebih tinggi daripada paras kebangsaan – Labuan kini melonjak di kaca mata nasional kerana telah berjaya mengurangkan kes jangkitan dengan mendadak.

“Wilayah ini saya angkat sebagai contoh gandingan bersepadu dan mantap antara Kerajaan Pusat dan pihak berkuasa tempatan di dalam pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Hasilnya, dari merah berubah hijau, dari sakit berubah sembuh serta dari bahaya berubah selamat.

“Jika ada yang melemparkan cemuhan mengatakan Malaysia ‘gagal’, maka hal sama boleh diperkatakan terhadap kebanyakan negara dunia yang bergelut dengan gelombang Covid-19,” dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Tengku Zafrul turut menarik perhatian kepada peningkatan kadar jangkitan bukan hanya berlaku di Malaysia , tetapi turut melangkaui negara maju yang lain.

United Kingdom (UK) katanya, dengan 67 juta penduduk, minggu ini menyaksikan kadar jangkitan harian meningkat lebih 50,000 kes, sementara Belanda dengan populasi hanya 17 juta pula, mencatatkan lebih 11,000 kes sehari.

“Tetapi dengan pendekatan agresif kita menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kita mampu untuk mencapai imuniti kelompok menjelang Disember 2021,” katanya.

Beliau berkata tidak ada kerajaan di dunia mampu melakukan sendiri tanpa kerjasama semua pihak bagi melawan pandemik Covid-19.

“Kejayaan PPN bergantung kepada pendekatan ‘keseluruhan negara’ kerana tiada kerajaan di dunia mampu melakukannya sendiri. Semua pihak – Kerajaan Pusat, negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), sektor swasta, NGO dan seluruh lapisan rakyat – perlu memainkan peranan memastikan negara bergerak ke arah pemulihan,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui masih terdapat kekurangan di dalam pelaksanaan tetapi dengan kerjasama semua pihak, beliau yakin kemelut ini akan dapat dilalui bersama.

“Pernah saya katakan sebelum ini, dan menjelang PPN ini, saya ulangi: kegagalan bukanlah pilihan kita, tidak dulu dan pastinya tidak kini. Teguh kita, maka menanglah rakyat Malaysia bersama.

“Krisis sebegini sememangnya menduga kemampuan fikiran, kebolehan perlaksanaan dan ketahanan sesuatu masyarakat.

“Sejak 16 bulan lalu, dunia telah mengalami satu musibah pandemik global berbahaya, mengancam nyawa dan kehidupan dengan penguncupan ekonomi global paling teruk sejak Perang Dunia Ke-2 dan Malaysia tidak terkecuali daripada impak ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok