Samsung Galaxy Z Fold2 inovasi pengekalan produktif

July 5, 2021 · Isu semasa

Telefon pintar Samsung Galaxy Z Fold2 mampu membawa pengalaman, ciri dan fungsi pengguna yang inovatif, membolehkan pengguna menjimatkan masa, tenaga serta kekal produktif seperti menghadiri mesyuarat dalam talian, membalas e-mel dan mengedit dokumen di mana sahaja.

Dengan Dulang Berbilang Tetingkap yang dipertingkatkan, tugasan berbilang akan lebih mudah diakses manakala ciri ‘Drag and Drop’ akan membolehkan kandungan dibuka dengan cepat antara aplikasi pada skrin penutup atau utama tanpa kerumitan penukaran perisian.

”Dengan antara muka aplikasi seperti komputer peribadi (PC), kebanyakan aplikasi produktiviti kegemaran anda kini dioptimumkan sepenuhnya pada Galaxy Z Fold2,” menurut Samsung dalam satu kenyataan seperti dipetik Bernama.

Menerusi kamera utama Galaxy Z Fold2, pengguna boleh mengambil gambar sepanjang hari termasuk pada waktu malam dan cahaya rendah dengan kemudahan Mod Malam yang akan memberikan foto yang jelas disebabkan kecanggihan sensor imej kamera dengan piksel yang lebih besar.

Untuk maklumat lanjut mengenai siri Galaxy Z, lawati laman https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-fold2/, dan https://news.samsung.com/my/.

Berita berkaitan
Isu keselamatan: Lithuania larang guna telefon pintar keluaran China
September 23, 2021· Dunia
Kerajaan Perak mengaku beri 20,000 telefon pintar murah kepada pelajar
June 14, 2021· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok