Isu keselamatan: Lithuania larang guna telefon pintar keluaran China

September 23, 2021 · Dunia

Kementerian Pertahanan Lithuania hari ini menggesa semua institusi awam dan pengguna di negara itu agar tidak menggunakan telefon pintar keluaran China, setelah kerajaan melaporkan penemuan peranti itu mempunyai keupayaan penapisan khas.

Telefon yang dijual di Eropah oleh syarikat gergasi telefon pintar China, Xiaomi Corp mempunyai kemampuan terpadu untuk mengesan dan menapis istilah seperti “Tibet Bebas”, “Kemerdekaan Taiwan” atau “gerakan demokrasi”, kata badan keselamatan siber yang dikendalikan Lithuania.

Kemampuan dalam perisian telefon Mi 10T 5G Xiaomi telah dimatikan untuk “wilayah Kesatuan Eropah”, tetapi dapat dihidupkan dari jauh pada bila-bila masa, kata Pusat Keselamatan Siber Nasional Kementerian Pertahanan dalam laporan itu.

“Risiko penggunaan telefon itu adalah benar dan pihak kami telah menemui bukti tersebut,” kata Timbalan Menteri Pertahanan, Margiris Abukevicius.

Terdapat hampir 200 institusi awam di negara itu menggunakan telefon keluaran China, jelasnya.

Beliau menegaskan, sektor awam di negaranya tidak seharusnya menggunakan peralatan yang dihasilkan oleh China.

“Tindakan ini adalah langkag terbaik untuk mengurangkan risiko keselamatan di negara kita,” katanya lagi.

Laporan Pusat Siber Nasional itu juga mengatakan bahawa telefon Xiaomi mengirim data penggunaan telefon yang disulitkan ke pelayan di Singapura.

Kelemahan keselamatan juga ditemui pada telefon P40 5G oleh China Technologies Co. tetapi tidak ada yang dijumpai pada telefon keluaran China yang lain, OnePlus, katanya.

Mereka memaklumkan, sudah menemui risiko keselamatan siber terhadap dua telefon model 5G yang dikeluarkan dua syarikat telekomunikasi China.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat telefon bimbit buatan China itu menepis semua tohmahan tersebut dan memberitahu bahawa telefon pintar keluarannya tidak menapis komunikasi yang dibuat kepada para pelanggannya.

Manakala, sebuah syarikat lagi dari China turut menyatakan bahawa alat komunikasi keluarannya tidak akan menimbulkan ancaman keselamatan kerana ia secara automatik menghubungkan para pelanggannya kepada pihak ketiga pusat penyebaran digital bagi mengelakkan dijangkiti virus. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok