Lebih 5.51 juta dos vaksin Covid-19 sudah diberi

June 19, 2021 · Isu semasa

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kerajaan setakat ini sudah memberi lebih lima juta dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di seluruh negara.

Beliau berkata sehingga semalam 3,957,687 telah menerima dos pertama, manakala 1,553,033 lagi individu melengkapkan dos kedua menjadikan keseluruhan pemberian kedua-dua dos berjumlah 5,510,720.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 202,143 diikuti Sarawak (174,545), Johor (151,140), Perak (144,086) dan Kuala Lumpur (141,045).

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata sebanyak 180,066 dos diberikan semalam membabitkan 147,616 penerima suntikan pertama manakala 32,450 lagi dos kedua.

Sementara itu, berdasarkan laporan harian jumlah pendaftaran kumulatif vaksin di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my, sebanyak 14,877,336 pendaftaran direkodkan setakat semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok