Kerajaan tak campur tangan urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat

June 13, 2021 · Isu semasa

Kerajaan tidak pernah campur tangan dalam sebarang urusan Jawatankuasa Khas Bebas Darurat sebaliknya memberi kerjasama penuh menjalankan tugas mereka, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Dalam kenyataan hari ini beliau berkata kerajaan juga mengiktiraf sepenuhnya kewujudan jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Namun, beliau sekali lagi menegaskan komitmen kerajaan untuk sentiasa mematuhi segala peruntukan undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawabnya ketika membuat sebarang keputusan mengenai darurat, termasuk mengiktiraf segala mekanisme yang wujud secara sah di sini undang-undang.

“Saya ingin merujuk kepada kenyataan media saya bertarikh 12 Jun 2021 berhubung peranan Kerajaan dari segi Perlembagaan dan undang-undang berhubung dengan Perisytiharan Darurat dan hal-hal yang berkaitan dengannya di mana sebahagiannya kelihatan dipetik di luar konteks yang sebenarnya,” katanya.

Katanya Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 menyatakan “Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa khas bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID 19)”.

Bagaimanapun, Takiyuddin turut menegaskan peranan kerajaan dalam menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan ketika tempoh darurat berkuat kuasa sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 11, Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021.

“Justeru dalam keadaan negara kita masih lagi berperang dengan pandemik Covid-19 ini, sebaiknya semua pihak perlu akur kepada fungsi masing-masing yang ditetapkan di bawah kerangka perundangan sedia ada,” katanya.

Semalam, Takiyuddin dalam kenyataannya semalam berkata Jemaah Menteri akan terus memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong dalam membuat keputusan mengenai tempoh darurat sekarang ini.

Kenyataannya bagaimanapun dikecam beberapa pihak termasuk Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said, dan beberapa ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat berkenaan, yang menyifatkan Jemaah Menteri menganggu tugas jawatankuasa itu.

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok