Ingkar rentas negeri, ziarah raya jadi punca kluster besar di Hulu Terengganu

June 7, 2021 · Isu semasa

Ingkar arahan kerajaan supaya tidak merentas negeri dan ziarah raya menjadi punca kluster besar di daerah Hulu Terengganu yang sehingga kini mencatat 127 kes positif Covid-19.

Kluster Kampung Matang bermula selepas 19 individu daripada dua keluarga dikesan positif, ia kemudiaannya menular hingga menjangkiti rakan sekerja dan jemaah masjid, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Nor Azimi Yunus.

“Sehingga kini, kluster Kampung Matang telah merebak ke tiga kampung yang lain iaitu Felcra Bukit Kepah, Kampung Tengkawang dan Kampung Pulau Kudat dan ia masih aktif.

“Sebanyak 127 kes positif COVID-19 yang dikesan dari kluster ini telah merebak hingga generasi kelima. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa kampung dan sehingga kini ada 975 sampel sedang menunggu keputusan,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Dr Nor Azimi menggesa supaya masyarakat mengambil iktibar daripada catatan yang dikongsinya supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Jika keadaan begini berterusan dan kluster baharu pula tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster itu serentak. Mampukah kita landaikan lekuk epid dalam masa dua minggu ini?.

“Kawalan kendiri sangat penting. Jika kita kekal duduk di rumah, kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. Insya-Allah kerana mencegah itu sangat lebih baik daripada merawat,” katanya.

Terengganu semalam mencatatkan kes baharu sebanyak 158 menjadikan kes keseluruhan 9,871 dan tiga kematian dicatatkan semalam.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok