Dakwaan Nilai 3 dalam Selangor, admin N9 Radar sedia disoal siasat

May 24, 2021 · Isu semasa

Pengasas laman Facebook N9 Radar bersedia tampil memberi keterangan kepada polis selepas didakwa menyebarkan berita palsu yang mengatakan Nilai 3 terletak dalam negeri Selangor.

“Pihak admin telah menerima banyak komen, PM dan DM sama ada di Whatsaap / Facebook berkaitan panggilan pihak IPD Nilai berhubung satu posting yang telah dimuatnaik di page kami hari ini.

“Sehubungan dengan itu, atas rasa tanggungjawab, esok, Pengasas Page N9Radar akan tampil memberi keterangan kepada pihak IPD Nilai berhubung isu ini,” kata kenyataan pengasas laman itu hari ini.

Terdahulu, polis Seremban membuka kertas siasatan berhubung kes pemilik akaun Facebook N9 Radar kerana disyaki menyebarkan berita palsu mendakwa Nilai 3 terletak di Selangor.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, berkata pemilik akaun Facebook itu akan dipanggil memberi keterangan dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan, dan bukan terletak di Selangor,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang menyebabkan kegentaran awam, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana oenggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian perkhidmatan.

Beliau berkata, dakwaan yang tular dalam media sosial itu boleh menyebabkan kegentaran awam dan menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok