Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi

June 9, 2023 · Politik

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mendedahkan penubuhan kerajaan perpaduan didakwa sudah pun dirancang sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tajuddin yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Salak mendedahkan, beliau sendiri terlibat dalam perancangan tersebut dan diminta untuk menandatangani dokumen yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Saya pun terlibat, saya dibawa jumpa Anwar, Anthony Loke dan pemimpin Amanah, di rumah seorang kerabat diraja, siapa? Saya tidak boleh beritahu. Saya yang menandatangani untuk Anwar jadi perdana menteri, nak Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) bergabung sama.

“Saya terima untuk bekerjasama tetapi dengan syarat, ‘you have to change’ (DAP perlu berubah). Maksudnya, segala dasar DAP perlu dihentikan. Jangan bantah dan sanggah UMNO serta orang Melayu dan perjuangannya.

“Memanglah sekarang nampak okay, dulu? Guling gelentang di Istana Perak sewaktu nak lantik Datuk Seri Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak, maki Tuanku, maki raja. Ini sejarah yang kita tidak boleh lupa…pijak pula gambar pemimpin Melayu,” katanya, lapor Utusan.

Beliau turut menolak seruan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke hari ini yang mahu UMNO melupakan perkara lampau dan terus bergerak ke depan demi kerajaan campuran itu.

“Tak boleh semudah itu. DAP itu bukannya dia punya atau DAP itu memang Anthony Loke yang punya? Berapa ratus ribu ahli DAP? Kita nak tahu keseluruhan DAP supaya buat pendirian tegas seperti yang dinyatakan,” katanya.

Dalam pada itu, orang lama dalam UMNO itu turut senada dengan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bersetuju dengan desakan  Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menuntut permohonan maaf daripada DAP kerana mengguris hati orang Melayu sebelum ini jika benar ikhlas jika ingin bekerjasama.

“Saya sokong pendirian Akmal dan saya ucapkan tahniah. Patutnya DAP perlu minta maaf kerana telah menghina kita berapa lama? Saya sudah 50 tahun dalam UMNO, saya tahu apa yang Lim Kit Siang buat, Lim Guan Eng maki dan sebagainya.

“Kalau mahukan perubahan, terus teranglah. DAP hari ini jangan perjuangkan konsep Malaysian Malaysia. Boleh? DAP perlu isytiharkan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
19 jam lalu· Isu semasa
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024
Ketua UMNO Bahagian Kluang nafi jumpa Anwar bincang PRN Johor
January 15, 2022
Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos
May 18, 2023
Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok