DAP tak akan mohon maaf pada UMNO, sudah ‘move on’

June 9, 2023 · Politik

DAP mengesahkan tidak akan memohon maaf kepada UMNO seperti yang didesak sayap parti itu, semalam.

Setiausaha Publisiti DAP, Anthony Loke senada dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mahu persengketaan dua seteru tradisi itu terus diungkit selepas mereka bersama dalam kerajaan campuran sejak enam bulan lalu.

“Kalau kita terus berpolemik kisah silam, ia takkan berkesudahan. Kerajaan sudah terbentuk lebih enam bulan dan kita telah berfungsi, kita sudah duduk dalam jemaah menteri setiap minggu, lebih enam bulan.

“Sekarang ini tidak timbul apa-apa isu yang tiada keserasian dalam parti kerajaan perpaduan. Kita terus mengorak langkah. Yang penting, kita tunjukkan komitmen kita untuk terus bekerjasama.

“Ia sudah dinoktahkan sejak tertubuhnya  kerajaan perpaduan Disember lalu. Kita move on, ada pelbagai cabaran. Cabaran politik kita ada enam pilihan raya negeri, cabaran ekonomi, pembangunan negara, macam-macam cabaran yang perlu ditempuhi,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO 2023 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Zahid hari ini ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada PAU 2023 meminta agar tiada lagi kenyataan yang mengguris hati antara mereka malah beliau menyeru agar rakan-rakan baharunya dalam kerajaan campuran itu juga tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh membuat gesaan agar DAP memohon maaf kepada UMNO atas tohmahan terhadap parti itu yang mengguris hati semua ahli sehingga kini.

Kata Akmal, ada ahli yang melahirkan kebimbangan ‘keris’ UMNO akan terperosok ke bumi selepas bersahabat dengan DAP yang dimusuhi berpuluh tahun lamanya.

Namun semalam juga Zahid menyifatkan tiada keperluan untuk DAP meminta maaf dan katanya tidak sepatutnya gesaan itu timbul kerana UMNO dan DAP sudah pun mencapai kata sepakat ketika membentuk kerajaan campuran selepas PRU-15.

Sementara itu, orang nombor dua parti, Datuk Seri Mohamad Hasan pula berkata cadangan dikemukakan Pemuda UMNO itu baik.

“Cadangan (Pemuda UMNO) yang baik. Bagi saya, kalau DAP berbesar hati mereka boleh minta maaf kepada UMNO.

“(Kalau) minta maaf kepada Sarawak (GPS) boleh, lagi bagus jika minta maaf kepada UMNO.

“Kita akan bekerjasama dalam satu kerajaan dan DAP mesti berbesar hati,” kata Tok Mat.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
2 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok