Bersatu tidak dominasi PN, PAS tempelak dakwaan Ismail Sabri

November 16, 2022 · Politik

PAS menempelak kenyataan Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa gabungan Perikatan Nasional (PN) didominasi Bersatu.

Walaupun segala keputusan Perikatan Nasional diumumkan Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi Bersatu tidak mendominasi gabungan itu, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya sudah menjadi amalan dan kelaziman bagi pengerusi atau pemimpin sesuatu pakatan parti mengumumkan hasil mesyuarat bersama anggota gabungan.

Malah kata Menteri Alam Sekitar dan Air itu segala keputusan diumumkan Muhyiddin adalah keputusan bersama dibuat parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional, termasuk PAS dan Gerakan, menurut BH.

“Perikatan Nasional mempunyai majlis tertinggi dan sering mengadakan perjumpaan antara Muhyiddin, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang serta parti komponen lain.

“Sama dengan Barisan Nasional (BN). Orang melihat BN didominasi UMNO, padahal bersama-sama. Jadi, samalah kita pun apabila bermesyuarat, Muhyiddin akan mempengerusikan dan kenyataan dikeluarkan beliau,” katanya selepas Program Sepetang Bersamanya di Perkarangan Hadapan Pasar Batu Enam, di Kuala Nerus hari ini (16 November 2022).

Hadir sama calon PAS di Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak,

Malam semalam, Ismail Sabri dilaporkan berkata PAS sebagai parti besar dan sudah lama ditubuhkan sepatutnya menjadi parti dominan dalam Perikatan Nasional.

Justeru, Ismail Sabri berkata PAS patut mempunyai pandangan sendiri dan ada hak bersuara dalam gabungannya, termasuk menentukan kerjasama parti itu dengan parti atau gabungan lain selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya difahamkan Presiden Bersatu tidak puas hati dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) yang menyatakan kesediaan bekerjasama dengan BN jika tidak mendapat majoriti mudah pada PRU-15.

“PAS ini parti besar dan lebih awal daripada Bersatu, sepatutnya dominan dan ada ‘say’ dalam PN,” kata Ismail Sabri kepada pemberita selepas program ramah mesra bersama penduduk di Perumahan Awam Seri Perlis 2, Keramat di Kuala Lumpur, malam Selasa

Terdahulu, Takiyuddin berkata kenyataan beliau berhubung kerjasama Perikatan Nasional dan BN telah disalah petik oleh media.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Selepas jadi PM, Anwar kata sedia terima PN dalam kerajaan dibentuk
November 24, 2022· Politik
Agong titah 30 MP BN datang menghadap, yang datang cuma 3
November 23, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
1 jam lalu · Politik
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
6 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
22 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok