Hanya separuh pemohon program cagaran KWSP yang layak: Mat Maslan

May 24, 2023 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu daripada 150,154 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memohon program cagaran pinjaman hanya 76,018 orang sahaja yang layak.

Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA 2) bagi Fasa 1 itu dibuka sejak 7 April lalu itu dan hanya separuh daripada pemohon berumur 40 hingga 50 tahun layak mendapatkan pinjaman tersebut.

“Namun yang layak hanya separuh daripada jumlah tersebut (hanya yang berumur 40 hingga 50 tahun bagi Fasa 1) iaitu melibatkan 76,018 orang.

“Jumlah pinjaman adalah sebanyak RM726,318,500 daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) dan Bank Simpanan Nasional (BSN),” kata Mat Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan semasa sesi bagi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan tindakan kerajaan berkaitan pinjaman bank bersandarkan cagaran akaun kedua KWSP di bawah program pencarum apabila syarikat jaminan pembiayaan perniagaan tidak bersetuju untuk membayar pampasan kepada bank-bank kreditor apabila pencarum KWSP gagal membayar balik pinjaman mereka.

Sebelum ini, KWSP dalam satu kenyataan berkata FSA 2 dilaksana dalam dua fasa, dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Fasa 1 bermula pada 7 April 2023 dan kekal dibuka selama setahun dengan permohonan melibatkan ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas.

Bagi Fasa 2 pula, tarikh permohonan untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan kelak.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, FSA 2 yang dibuat oleh KWSP adalah program pembiayaan peribadi dan bukan satu cagaran atau sandaran.

Beliau menegaskan, adalah tidak benar jika ada keperluan syarikat jaminan pembiayaan perniagaan yang tidak bersetuju membayar pampasan kerana ia dibayar setiap bulan

“Jika pembayaran tidak dibuat setiap bulan, pihak bank perlu menunggu umur mereka 50 tahun atau 55 tahun dan barulah KWSP boleh membuat pembayaran,” katanya.

Berita berkaitan
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
MOF tak benarkan pengeluaran KWSP bersasar kerana jejas simpanan persaraan
November 24, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
43,508 pengundi baharu didaftarkan, semakan bermula hari ini: SPR
September 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok