Persekutuan Majikan sokong PKP lebih ketat di negeri catat kes tinggi

May 18, 2021 · Isu semasa

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat di negeri-negeri yang mencatatkan kes tinggi perlu dilaksanakan bagi mengurangkan jangkitan baharu pandemik Covid-19, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Presidennya, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman bagaimanapun berkata sekatan ekonomi menyeluruh tidak wajar kerana ia bakal memberi kerugian lebih besar pada ketika PKP yang dilaksanakan sekarang sudah memberi kerugian RM300 juta sehari kepada negara.

“Langkah-langlah PKP yang lebih ketat perlu dilaksanakan di negeri-negeri yang mencatatkan lonjakan kes jangkitan baharu terutamanya Selangor yang ketika ini merekodkan lebih daripada 1,000 kes setiap hari.

“Meskipun impak PKP menyeluruh akan menjejaskan dengan teruk perniagaan dan ekonomi, namun dapat difahami akan keperluan mendesak untuk membendung peningkatan jangkitan kes baharu setiap hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa PKP 1.0 secara menyeluruh tahun lepas, Malaysia kerugian kira-kira RM2.4 bilion sehari.

Syed Hussain berkata MEF berusaha sedaya upaya untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19.

“Majikan perlu memainkan peranan positif bagi memastikan kesihatan dan keselamatan kakitangan dilindungi.

“MEF sentiasa menasihati ahli-ahli kami untuk mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya agar kita dapat menamatkan pandemik ini,” katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dalam hantaran terbaharu di laman sosial Facebook beliau hari ini mempertahankan langkah Malaysia untuk tidak menutup ekonominya di bawah PKP 2.0 dan 3.0, dengan menyatakan ia akan dapat mengelak pelbagai kesan buruk ke atas ekonomi dan mengelak pengangguran daripada mencecah 1 juta orang.

Beliau berkata dalam usaha untuk mencegah penularan COVID-19 tidak seharusnya ia mengorbankan pertumbuhan ekonomi dan juga nasib golongan rentan.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok