Adakah Top Glove diarah juga kongsi keuntungan bantu penoreh? soal Tuan Ibrahim kepada PMX

March 21, 2023 · Isu semasa

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada sudah mengarahkan syarikat seperti Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) untuk berkongsi keuntungan dengan golongan penoreh getah.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyoal Anwar soalan tersebut kerana beliau sebelum ini mengarahkan taikun Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary untuk berkongsi keuntungan syarikat Bernas kepada golongan pesawah.

Anwar bagaimanapun tidak menjawab soalan itu secara langsung.

“Setakat ini ada senarai 60 syarikat gergasi termasuk multinasional yang perlu menampung pembiayaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Mereka mengambil alih sebahagian dan bantu selenggara, melatih (pelajar) dengan kos syarikat.

“Ia termasuk Sunway, Berjaya, Tenaga, Telekom dan syarikat berkaitan kerajaan,” katanya pada sesi soal jawab di Parlimen hari ini.

Katanya, Kumpulan Albukhary juga menawarkan untuk membantu sebuah institusi TVET di Pekan, Pahang.

Anwar berkata ia merupakan pendekatan kerajaan untuk meminta syarikat-syarikat membantu secara langsung rakyat miskin.

Ahli Parlimen Tambun itu semasa tempoh awal pentadbirannya menyasarkan syarikat Bernas milik Syed Mokhtar dengan meminta Bernas membayar sejumlah RM60 juta kepada pesawah di seluruh negara.

Manakala Top Glove mencatatkan keuntungan RM7.98 bilion pada 2021, meningkat 346% berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat pengeluar sarung tangan itu menyaksikan keuntungan sedemikian rupa kerana permintaan sarung tangan yang kukuh yang didorong oleh pandemik Covid-19.

Beberapa pihak pernah mencadangkan agar cukai durian runtuh dikenakan kepada syarikat itu dan beberapa syarikat lain.

Dalam pada itu, Anwar berkata kuasa untuk memberikan pengecualian cukai bukan di bawah Kementerian Kewangan atau Perdana Menteri, tetapi ketua pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak
June 27, 2021
PDRM nafi akaun TikTok milik Ayob Khan
March 29, 2023
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
14 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
14 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok