Aduan majikan tidak benar bekerja dari rumah banyak

June 27, 2021 · Isu semasa

Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sedang berjalan, banyak aduan diterima Kementerian Sumber Manusia berhubung tindakan majikan yang tidak membenarkan pekerja Bekerja Dari Rumah (BDR).

Aduan tersebut diterima menerusi aplikasi ‘Working For Workers’ (WFW), yang dilancarkan pada awal Mei lepas apabila sebanyak 1,769 aduan diterima setakat ini, kata Timbalan Menterinya, Datuk Awang Hashim.

“Aduan paling tinggi yang diterima menerusi WFW ini ialah majikan memaksa pekerja untuk datang bekerja di pejabat walaupun tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan sebelum ini.

“Sepatutnya, majikan hanya benarkan 60 peratus pekerja datang bekerja di pejabat (bagi sektor yang dibenarkan) manakala selebihnya bekerja secara BDR. Tetapi, ada yang kita dapati majikan menyuruh 100 peratus pekerjanya datang bekerja di pejabat,” katanya lapor Bernama.

Terdahulu, beliau mengetuai Operasi Pematuhan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di sebuah kilang di Jitra yang menghasilkan produk jenis makanan kesihatan, penjagaan diri dan kosmetik yang turut disertai agensi lain termasuk polis, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sementara itu, Awang berkata KSM menerusi Jabatan Tenaga Kerja (JTK) telah melakukan pemeriksaan terhadap 19,981 majikan yang melibatkan 108,877 tempat penginapan di seluruh negara.

“Sehingga hari ini, sebanyak 757 kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Pindaan 2019) yang melibatkan pelbagai jenis kesalahan dan daripada jumlah itu, 125 kertas siasatan telah diambil tindakan pendakwaan.

“Kesalahan paling banyak ialah majikan tidak menyediakan kemudahan asas kepada pekerja. Selepas ini, kita akan sediakan satu akta yang mewajibkan majikan menyediakan penginapan berpusat, kalau jadi apa-apa senang untuk kita kawal dan ambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata pihaknya menyeru supaya semua pemain industri agar sentiasa berusaha patuh kepada akta dan SOP yang ditetapkan bagi mengekang penularan Covid-19 selain mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok