Plaza tol Gombak sesak teruk, takkan semua urusan kerja?

May 17, 2021 · Isu semasa

Meskipun larangan rentas negeri sudah dikuatkuasakan sempena Aidilfitri kali ini, namun tular sejak malam tadi Lebuhraya Karak, menghala Kuala Lumpur di Plaza Tol Gombak berdepan kesesakan teruk.

Difahamkan kesesakan berlaku di lebuh raya itu pada malam tadi sejak dari jam 8.49 malam semalam sampai jam 1:30 pagi hari ini.

Sementara itu, semua lebuh raya lain iaitu Lebuhraya Akleh, Plus menuju Arah Utara, Plus Arah Selatan, Jambatan Pulau Pinang 1 & 2, Tuas, Elite, NKVE, semuanya sunyi tanpa kenderaan.

Jadi timbul persoalan mana mungkin seramai itu mempunyai urusan kerja dan perniagaan sehingga terpaksa balik lewat malam walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah dilaksanakan pada 10 Mei lalu.

“Takkan semua dari arah pantai timur ni PJJ? Dah lepas balik beraya, balik ke Klang balik? Duk (duduk) main keluar masuk kawasan wabak?

“PKP apa benda macam ni tatkala orang lain berkurung duduk dalam rumah, tak balik kampung walau seberang daerah,” demikian menurut perkongsian warganet berhubung penularan gambar berkenaan.

Sementara perkongsian gambar itu turut menarik perhatian seorang doktor yang bimbang akan berlakunya peningkatan kes Covid-19.

“Mereka ni yakin ke mereka tak bawak balik Covid ke kampung?

“Jangan salahkan kerajaan atau selebriti kalau kita sendiri pun tak reti jaga diri.

“Kerajaan dah bagi PKP, supaya kita semua duduk diam-diam kat rumah tapi kita tetap juga degil nak beraya di kampung. Kalau kes mencanak naik dua minggu lagi, puas hati? sedih!,” luahnya.

Terdahulu, sebelum Aidilfitri Lebuh raya Karak turut sesak teruk kerana ramai orang mengambil kesempatan untuk pulang beraya meskipun larangan telah dikuatkuasakan.

Kerajaan pada 10 Mei lalu mengumumkan PKP 3.0 diperluas ke seluruh negara dan berkuatkuasa 12 Mei hingga hingga 7 Jun 2021. Namun, semua sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP.

Berita berkaitan
Kenderaan dijangka meningkat di lebuh raya utama menjelang Deepavali
November 11, 2023· Isu semasa
Dijangka 1.9 juta kenderaan pulang ke kampung sempena PRN
August 10, 2023· Isu semasa
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Trafik sesak di lebuh raya utama
May 1, 2023· Isu semasa
Popular
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pendawaian bocor punca tiga beradik kena renjatan elektrik
December 19, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok