Trafik sesak di lebuh raya utama

May 1, 2023 · Isu semasa

Aliran trafik dilaporkan masih perlahan di beberapa lebuh raya utama negara hari ini berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata setakat jam 3.50 petang tadi aliran trafik di beberapa laluan di bahagian utara, tengah dan selatan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), mengalami kesesakan.

Menurutnya trafik di kawasan utara dilaporkan bergerak perlahan dari Kepala Batas ke Jitra, dari Pendang ke Gurun (berikutan kemalangan di Kilometer (KM) 76.6 arah selatan), dari Permatang Pauh ke Perai, dari Sungai Petani selatan ke Bertam dan sebelum masuk ke Terowong Menora ke Ipoh utara.

Bagaimanapun, katanya, aliran trafik di Jambatan Pulau Pinang lancar.

“Di kawasan tengah, trafik kini bergerak perlahan dari hentian sebelah Simpang Pulai arah selatan ke Gopeng, dari Gopeng ke Tapah (di kawasan mendaki), dari Bidor ke Sungkai arah ke Slim River dan dari Slim River ke Sungkai.

“Kesesakan turut dilaporkan berlaku di laluan dari Bukit Tagar ke Sungai Buaya, dari Rawang ke Sungai Buaya, dari Sungai Buloh ke Restoran Jejantas Sungai Buloh arah selatan,” katanya lapor BH, hari ini.

Sementara itu katanya aliran trafik keluar dari Plaza Tol Sungai Besi arah ke pusat bandar juga padat dengan kenderaan selain kesesakan berlaku dari Southville City ke Kajang, dari Putra Mahkota ke Southville City dan dari Bandar Ainsdale ke Nilai.

“Trafik di beberapa lokasi di Lebuhraya ELITE juga kini perlahan iaitu dari Shah Alam ke Seafield dan dari Bandar Gamuda Cove ke Bandar Saujana Putra. Bagaimanapun trafik di Lebuhraya NKVE bergerak lancar.

“Di bahagian selatan Lebuhraya PLUS, trafik kini perlahan dari hentian sebelah Pedas Linggi arah selatan ke Seremban.

“Untuk mengatasi kesesakan terus meruncing, SmartLane diaktifkan dari KM259.0 hingga KM262.3 yang mana pengguna lebuh raya menggunakan lorong kecemasan arah selatan dari Senawang ke Seremban,” katanya.

Tambahnya, trafik juga kini sesak dari Restoran Jejantas Ayer Keroh arah utara ke Simpang Ampat, dari Ayer Keroh ke Jasin, dari Yong Peng utara ke Ayer Hitam, dari Machap ke Simpang Renggam terus ke Sedenak dan dari hentian sebelah Kulai arah selatan ke Kulai.

Menurutnya lagi, SmartLane turut diaktifkan di KM19.0 hingga KM27.0 arah utara dari Senai utara ke Kulai dan dari Kempas ke persimpangan Bandar Dato’ Onn.

Setakat jam 3.50 petang tadi, aliran trafik di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dari Malaysia ke Singapura masih sesak.

Katanya, keadaan cuaca di kebanyakan lokasi sepanjang Lebuhraya PLUS adalah mendung dan semua pemandu dinasihatkan memandu dengan berhemah bagi mengelak sebarang kesulitan.

Sementara itu, di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) kesesakan sejauh 19 km dilaporkan berlaku di lebuh raya berkenaan setakat jam 5.01 petang tadi.

Pengurus Besar Kanan ANIH Berhad, Radzimah Mohd Radzi berkata jumlah kenderaan yang tinggi menyebabkan berlaku kesesakan sejauh 9.6km dari KM61.5 hingga KM51.9 dari Bentong ke Bukit Tinggi.

“Trafik juga kini sesak sejauh 19km dari KM38.5 hingga ke Plaza Tol Gombak dan kesesakan bercantum dengan trafik menuju ke Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

“Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada masa ini lancar di kedua-dua arah,” katanya.

Berita berkaitan
Lebuh raya utama seluruh negara masih tinggi aliran trafik
April 24, 2023· Isu semasa
Trafik di lebuh raya utama seluruh negara meningkat
January 20, 2023· Isu semasa
Banjir lebat KL, terowong SMART ditutup bagi hadapi banjir
December 10, 2022· Isu semasa
PRU-15 : Terminal bas, tren ke utara, selatan, pantai timur sesak
November 18, 2022· Politik
Popular
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
June 2, 2023
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
June 2, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Menteri akui bekalan air di Sabah kritikal
1 jam lalu · Isu semasa
Jho Low : Agensi keselamatan Macau kecam SPRM
3 jam lalu · Isu semasa
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
4 jam lalu · Isu semasa
PN bawa usul berkait kalimah ALLAH ke Parlimen
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
June 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok