Elak rakyat muflis, CUEPACS cadang panjangkan tempoh bayaran pinjaman

February 4, 2023 · Isu semasa

Kementerian Kewangan dan Bank Negara Malaysia diminta meneliti had tempoh bayaran pinjaman supaya dapat dipanjangkan, bagi meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat dan mengelakkan masalah muflis.

Langkah memanjangkan tempoh bayaran itu diharap dapat meringankan beban peminjam yang sudah tertekan dengan kenaikan kos sara hidup selepas kerajaan campuran gagal mencari formula sehingga hari ini untuk menangani harga barang.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata langkah itu wajar dilaksanakan bagi membolehkan jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang sedang berdepan dengan peningkatan kos sara hidup serta kesan pasca Covid-19, menurut laporan Bernama.

Katanya, ia termasuk bayaran pembiayaan peribadi untuk dipanjangkan dari 10 tahun kepada 20 tahun dan bayaran semula pinjaman yang rendah ini membolehkan rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjakan.

“Secara keseluruhannya, langkah ini dijangka merancakkan semula ekonomi kerana pendapatan boleh guna rakyat bertambah dan dapat mengurangkan tekanan hidup.

“Lebih penting adalah ia mampu memberi peluang kedua kepada rakyat yang mungkin terhimpit sehingga perlu melalui proses kebankrapan menstruktur semula kewangan mereka.

“Dalam masa sama, operasi peniagaan koperasi kredit dan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara boleh berkembang semula,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Adnan berkata Cuepacs mengambil maklum laporan media mengenai jumlah 49,133 kes kebankrapan yang ditadbir Jabatan Insolvensi sejak 2018 yang mencatatkan hutang pinjaman peribadi serta sewa beli kenderaan antara faktor utama yang menyebabkan rakyat negara ini jatuh bankrap sejak lima tahun lepas.

Katanya, rekod kebankrapan dalam kalangan pekerja di sektor awam dilihat tidak begitu membimbangkan iaitu kira-kira 9.06 peratus atau 4,449 orang.

“Ini kerana pendedahan terhadap pengurusan kewangan baik yang diterapkan perkhidmatan awam ke atas anggotanya secara berterusan telah meningkatkan kesedaran penjawat awam dalam menguruskan kewangan supaya tidak terjerat dalam kancah hutang.

“Bagaimanapun, Cuepacs melahirkan sedikit kebimbangan keperluan rakyat ketika ini yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan disebabkan gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” katanya.

Beliau berkata disebabkan itu ramai rakyat Malaysia dilihat terpaksa membuat pinjaman peribadi untuk menampung keperluan yang mendesak tetapi tempoh pembiayaan yang singkat iaitu maksimum 10 tahun menyebabkan ansuran bulanan menjadi tinggi sehingga menyebabkan pendapatan boleh guna peminjam itu terjejas.

Adnan berkata justeru, langkah memanjangkan tempoh pembiayaan juga membolehkan mereka yang mahu melakukan pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi untuk berniaga juga tidak begitu bimbang untuk melakukan pinjaman kerana bayaran bulanan pinjaman itu akan menjadi lebih rendah jika had tempoh pembiayaan dipanjangkan.

“Rakyat yang terjejas pendapatan juga boleh membuat penstrukturan semula tempoh dan bayaran bulanan kepada jumlah yang termampu. Penstrukturan semula pinjaman boleh mengelakkan masalah kebankrapan atau muflis daripada berlaku,” katanya.

Adnan berkata pada 2013, Bank Negara telah mengeluarkan pekeliling memendekkan tempoh pembiayaan peribadi dari 25 tahun kepada 10 tahun dan pinjaman perumahan dari 45 tahun kepada 35 tahun dan langkah berkenaan mengakibatkan jumlah bayaran bulanan yang perlu dibayar oleh peminjam menjadi lebih besar.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Unit Pemusnah Bom tak kesan bahan meragukan di Bank Negara: Polis
September 20, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok