Patuhi SOP, jangan biar ahli keluarga salah seorang terlantar di wad ICU

May 15, 2021 · Isu semasa

Perkongsian sayu beberapa keping gambar oleh petugas barisan hadapan yang berada di perbatasan negara sedang melawan virus maut, Covid-19 dalam wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital meruntun hati warganet.

Bayangkanlah semua katil yang ada di hospital hampir penuh mencapai kapasiti maksimum dan semua petugas kesihatan ketika ini bertungkus-lumus bekerja demi memastikan pesakit Covid-19 diberi rawatan yang terbaik supaya dapat diselamatkan nyawa mereka.

Petugas kesihatan yang merawat pesakit pun tidak ke mana-mana, mereka tetap berada di wad ICU untuk merawat pesakit yang sedang kritikal, tugas harian diteruskan seperti biasa walaupun orang ramai masih sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri di luar sana.

Susulan perkongsian itu ramai dalam kalangan warganet yang turut tersentuh hati tampil memberi kata-kata semangat dan doa kepada petugas barisan hadapan negara.

Seorang pengguna warganet, Ginuk Marina berkata “Terima kasih kerana bertungkus lumus untuk kesihatan semua.. semoga kita membantu dengan mengikut SOP (prosedur operasi standard).”

Dalam pada itu, Azira Abu Samah pula berdoa supaya Allah mempermudahkan segala urusan mereka.

“Ya Allah selamatkanlah mereka dan angkatlah jentera-Mu ini,” katanya.

Ayie Yunus pula berkata, “Mohon patuh SOP semua rakyat Malaysia, kesian frontliners (petugas barisan hadapan) kita, mereka berjuang habis-habisan, hargai pengorbanan mereka jangan sia-siakan.”

Terdahulu, statistik terkini hari ini merekodkan sebanyak 34 kematian akibat jangkitan Covid-19.

Dalam perkongsian di laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), gambar yang dikongsi menunjukkan situasi terkini di Hospital Kajang sudah padat dengan pesakit Covid-19 dan keadaan sama juga dihadapi di Hospital Ampang, Selayang, Sungai Buloh dan hospital-hospital Covid-19 lain.

Dalam keadaan yang sudah sesak dan kritikal, rakyat masih bernasib baik kerana sistem kesihatan di negara kita belum lagi sampai ke tahap perlu memilih siapa yang perlu berada di atas katil ICU untuk dirawat.

Justeru, hanya satu sahaja yang dipinta daripada seluruh rakyat Malaysia, patuh lah dengan peraturan yang ditetapkan dan patuhi lah SOP.

Jaga diri, jaga keluarga kita. Jangan biarkan keluarga kita menjadi salah seorang yang berada di wad ICU ini. Sayangilah mereka, putuskan rantaian Covid-19 ini.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok