Inisiatif pekerjaan: 150,597 pencari kerja sudah berjaya, kata PM

May 7, 2021 · Isu semasa

Sebanyak 150,597 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan melalui 12 program yang dilaksanakan kerajaan setakat 23 April lepas menerusi Inisiatif Pengekalan dan Penjanaan Pekerjaan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kejayaan itu melebihi jumlah unjuran kumulatif setakat bulan April 2021 dengan sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan bagi tahun ini.

Katanya, secara keseluruhan inisiatif penempatan pekerjaan dan pewujudan pekerjaan baharu melalui komitmen pelaburan telah mengatasi sasaran yang ditetapkan.

“Usaha kerajaan meningkatkan pelaburan dalam negara berjaya mewujudkan 33,907 pekerjaan baharu dan 76% daripadanya adalah dalam kategori mahir dan separuh mahir.

“Ini adalah sebahagian daripada sasaran 160,000 pekerjaan baharu hasil daripada komitmen pelaburan bagi tahun 2021,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasmi beliau hari ini.

Muhyiddin berkata, menerusi 6,202 program libat urus yang dijalankan, bilangan orang bekerja sendiri (OBS) termasuk pekerja Gig yang mendapat perlindungan sosial Perkeso menunjukkan peningkatan daripada 71,000 pada 2019 kepada 81,000 orang (2020) dan yang terkini 142,000 orang.

Katanya, pihak Grab Malaysia juga membentangkan strategi memperkasakan ekonomi domestik melalui proses digitalisasi di mana empat program perintis yang dicadangkan mampu menyediakan lebih daripada 35,000 peluang menjana pendapatan bagi pekerjaan e-hailing, golongan OKU, para peniaga di pasar awam serta perusahaan makanan dan minuman (F&B).

“Mesyuarat mengambil maklum kesukaran golongan OKU dan rentan dalam mendapatkan akses kepada peluang penjanaan pendapatan.

“Sehubungan itu, Majlis Pekerjaan Negara (NEC) telah meminta Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkaji langkah-langkah termasuk peruntukan perundangan bagi memastikan inisiatif dapat dijalankan dengan kadar yang segera,” katanya.

Perdana Menteri berkata, mesyuarat juga dimaklumkan Program KerjayaUP yang dilancarkan pada 12 April lalu, khusus untuk golongan miskin dan miskin tegar bandar berjaya membantu 489 pemohon mendapat pekerjaan serta-merta.

“Sehubungan itu Majlis bersetuju memperluaskan program ini secara lebih agresif dengan sasaran yang lebih meluas bagi membantu sosioekonomi golongan ini untuk keluar daripada belenggu kemiskinan,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Pekebun ditipu RM132,000 selepas ditawar kerja sambilan tidak wujud
November 10, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pembebasan Muhyiddin: Komentar peguam yang diatur adalah songsang
October 6, 2023· Rencana
Popular
Kenali pereka kasut, Jimmy Choo
November 6, 2021
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’
December 1, 2021
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok