RM5 juta dana awam dan kerajaan negeri untuk hadapi banjir di Selangor

September 29, 2022 · Isu semasa

Sebanyak RM4 juta hasil sumbangan orang awam ketika pandemik Covid-19 dan banjir tahun lepas serta RM1 juta dana khas daripada kerajaan Selangor diperuntukkan bagi persediaan menghadapi banjir yang diramal melanda negeri itu pada hujung tahun ini.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada hasil sumbangan dan dana itu, kerajaan negeri akan menyediakan peralatan yang diperlukan termasuk alatan telekomunikasi seperti telefon satelit sebagai langkah persediaan jika bekalan elektrik terputus atau kemudahan komunikasi tergendala, menurut Bernama.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor di sini hari ini, beliau berkata kerajaan Selangor kini berada pada tahap 80 peratus bersiap sedia bagi menghadapi bencana itu.

“Baki 20 peratus lagi akan diterjemahkan ketika kejadian sebenar yang melibatkan aspek pergerakan ketika operasi mencari dan menyelamat,” katanya dengan menambah persediaan juga melibatkan penempatan aset menyelamat di setiap daerah di negeri itu.

Dalam pada itu, mengenai siasatan kes rasuah membabitkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Amirudin berkata pihaknya kini memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan sepenuhnya berikutan sebahagian dakwaan masih bersifat tanggapan.

Beliau juga memaklumkan kerajaan negeri serta MBSA belum mengagihkan kontrak kepada mana-mana kontraktor dalam projek Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD), selain tidak wujud dakwaan yang mengatakan bahawa ada kartel yang memonopoli projek berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Bahagian (Khidmat Pengurusan) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Muhamad Shah Osmin berkata Selangor menerima 8,543 unit khemah kubikel daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) secara berfasa sejak Mei lepas.

“Khemah ini telah kami edarkan ke semua daerah di Selangor bagi tujuan mempercepatkan bantuan kepada mangsa banjir sekiranya berlaku kejadian tidak diingini. Agihan itu berdasarkan kadar risiko banjir mengikut daerah,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok