Kenaikkan kadar OPR bakal menyebabkan pembeli rumah teragak-agak

September 15, 2022 · Isu semasa

Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.50 peratus dilihat berkemungkinan akan mempengaruhi orang ramai untuk membeli rumah, terutamanya kumpulan isi rumah M40 yang kebanyakannya mempunyai komitmen pinjaman bank terutamanya pembiayaan peribadi.

Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Kedah/Perlis Yeoh Su Guan berkata buat masa ini, ada antara golongan M40 dan B40 yang sedang menunggu pengumuman Bajet 2023 sebelum membuat sebarang pembelian rumah, lapor Bernama.

“Peningkatan OPR kepada 2.50 peratus ini memang memberi kesan kepada pemaju hartanah, kerana apabila kadar ansuran meningkat, ia akan membuatkan pembeli teragak-agak untuk membeli rumah terutamanya golongan M40 yang mempunyai banyak komitmen lain.

“Banyak rumah yang masih tidak terjual kerana pembeli masih menunggu Bajet 2023, yang mana mereka berharap kerajaan akan menyediakan sesuatu kepada pembeli mahupun pemaju, dalam usaha mengurangkan kesan OPR itu berkaitan pemilikan rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara REHDA Kedah/Perlis bersama anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Allo Technology Sdn Bhd (Allo) di sini hari ini.

Baru-baru ini, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR dinaikkan 25 mata asas menjadikan kadarnya ketika ini sebanyak 2.50 peratus dan ia merupakan kenaikan kali ketiga berturut-turut tahun ini, untuk kadar penanda aras pinjaman dan simpanan sejak Mei dan Julai lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata kekurangan tenaga kerja, kos bahan binaan yang tinggi serta pelaksanaan gaji minumum, turut menyukarkan pemaju hartanah untuk memulihkan sektor berkenaan dalam tempoh pasca pandemik Covid-19 kini.

“Ramai pemaju hartanah yang terpaksa menangguhkan projek mereka berikutan beberapa isu yang timbul, antaranya kekurangan buruh pekerja asing, jadi kini pemaju sedang berusaha mencari jalan untuk menyiapkan projek-projek yang tertangguh dengan segera,” katanya.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Perbelanjaan pengguna merosot pada 2023?
August 29, 2023· Isu semasa
Isu rumah pajak di Kajang, Chegu Bard buat laporan polis kali kedua dan serah bukti
July 16, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok