Golongan berisiko digalakkan memakai pelitup muka

September 15, 2022 · Isu semasa

Bermula 9 September  lalu, beberapa perkara telah dilonggarkan temasuklah pemakaian pelitup muka yang tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan.

Peraturan pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kebanyakan kawasan tertutup, berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemilik premis masih mempunyai hak untuk memutuskan sama ada pelanggan mereka perlu memakai pelitup muka.

Namun, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di hospital, pengangkutan awam dan rumah penjagaan.

Individu berisiko tinggi seperti warga emas, mereka yang mempunyai penyakit kronik dan wanita mengandung sangat digalakkan untuk terus memakai pelitup muka ketika berada dalam kawasan tertutup.

Menyokong kenyataan itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, pemakaian pelitup muka masih lagi penting khususnya kumpulan yang berisiko tinggi.

“Pemakaian pelitup muka masih lagi relevan terutama bagi golongan rentan dan bergejala serta berada di kawasan sesak dan bertutup.

“Masyarakat dinasihatkan untuk kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan segera melengkapkan suntikan vaksinasi bagi melindungi diri daripada Covid-19,” katanya.

Menurut beliau, situasi membuatkan ramai mula alpa tentang kepentingan memakai pelitup muka mungkin kerana mereka beranggapan keadaan sekarang adalah selamat memandangkan ada negara-negara yang tidak mempraktikkan amalan tersebut.

“Selagi negara kita tidak mencapai angka sifar dalam kes jangkitan Covid-19, orang ramai perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang masih berkuat kuasa.

“Jangan disebabkan sikap mementingkan diri sendiri, negara kita terus dibelenggu dengan masalah jangkitan ini.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Malina Osman berpendapat gelombang baharu jangkitan boleh berlaku pada bila-bila masa sekiranya tiada kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk bersama-sama menangani wabak Covid-19 seperti mana yang berlaku di negara-negara lain.

“Saya berpendapat dalam konteks sekarang ini, eloklah dikenakan dahulu pemakaian pelitup muka seperti dilaksanakan terutama di tempat sesak dan tidak dinafikan dalam tempoh terdekat, kes jangkitan akan me­lonjak disebabkan lebih banyak interaksi sosial berlaku,” ujarnya.

Melihat kepada varian baharu seperti BA.1, BA.2 dan Omicron XE yang telah direkodkan di negara luar berkemungkinan besar boleh terjadi di Malaysia.

Oleh itu, selagi negara kita tidak mencapai angka sifar dalam jangkitan Covid-19, orang ramai perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi SOP yang masih berkuat kuasa.

Jangan disebabkan sikap mementingkan diri sendiri, negara kita terus diancam dengan virus Co­vid-19.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok