Guna bas pasukan bola Terengganu FC ke taklimat UMNO dikecam peminat

August 28, 2022 · Isu semasa

Kontroversi tercetus ekoran sebuah bas rasmi pasukan bola sepak Terengganu FC digunakan untuk membawa ahli UMNO ke taklimat khas yang dipanggil Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Isu tercetus selepas bas yang digunakan bagi acara rasmi pasukan Terengganu FC sebaliknya digunakan untuk menghantar ahli-ahli UMNO dari negeri itu ke taklimat diadakan di Kuala Lumpur semalam.

Malahan dalam satu hantaran Facebook bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut dikongsi gambar bas pasukan bola Terengganu yang membawa ahli UMNO ke taklimat khas.

“Alhamdulillah hari ini 4 buah bas dan sebuah van bertolak ke PWTC untuk Taklimat Khas bersama YB Dato’ Seri Presiden UMNO Zahid Hamidi. UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia,” tulis Ahmad Razif di hantaran akaun Facebooknya semalam.

Susulan itu, pihak Terengganu FC tampil menjelaskan berhubung penggunaan bas yang dikendalikan oleh syarikat Zamas Holidays Sdn Bhd kepada UMNO Terengganu dalam satu kenyataan hari ini.

“Pihak Zamas Holidays telah menghantar surat permohonan maaf kepada kelab atas perkara yang telah berlaku dan telah menyatakan perkara seperti ini tidak akan berulang pada masa akan datang dan bas tersebut telahpun dibawa pulang ke Terengganu.

“Memandangkan kerjasama diantara pihak Zamas Holidays serta Terengganu FC selama ini terjalin baik dan tiada sebarang permasaalahan, ianya adalah tindakan yang terpuji buat syarikat Zamas Holidays untuk bertindak pantas dalam menangani isu ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Zamas Holidays juga memaklumkan berlaku salah faham dalam isu penggunaan bas pasukan Terengganu FC tersebut.

“Untuk isu penggunaan bas rasmi pasukan ini oleh pihak ketiga semalam, pihak Zamas Holidays menyatakan bas pasukan tiada dalam senarai sewaan untuk penggunaan oleh pihak penyewa, tetapi salah sebuah bas yang disewa mengalami kerosakan dan ini memaksa pihak Zamas Holidays perlu membuat penggantian segera dan pihak pekerja yang bertugas pada ketika itu telah menukarkan bas tersebut dengan bas rasmi pasukan yang kebetulan tidak digunakan,” jelasnya lagi.

Isu penggunaan bas Terengganu FC untuk tujuan parti politik itu menerima kecaman peminat bola sepak kerana tidak berpuas hati dengan tindakan UMNO yang sewenang-wenangnya menggunakan aset milik pasukan.

Untuk rekod, UMNO semalam mengadakan Taklimat Khas kepada akar umbinya di ibu kota Kuala Lumpur bagi menjelaskan berhubung isu semasa politik tanahair sejak pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok