Nilai ringgit jatuh ke paras terendah sejak Januari 2017

August 18, 2022 · Isu semasa

Ringgit ditutup pada paras terendahnya sejak awal Januari 2017 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila sentimen enggan mengambil risiko meningkat selepas mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS pada Julai menunjukkan bahawa trend kadar faedah yang lebih tinggi akan berterusan.

Menurut Fed inflasi kekal tinggi di sebalik kenaikan kadar yang agresif, menguatkan lagi hasratnya untuk terus menaikkan kadar faedah bagi menangani peningkatan inflasi, menurut Bernama.

Ini menjadikan unit negara maju lebih kukuh, meningkatkan Indeks Dolar AS sebanyak 106.736 mata.

Data terkini itu turut menunjukkan isyarat kepada aktiviti ekonomi yang perlahan dengan mata wang selamat diunjurkan kekal menerima permintaan.

Malah, pelabur akan memantau rapat simposium Jackson Hole yang akan diadakan pada minggu depan untuk mendapat petunjuk selanjutnya.

Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.4720/4750 berbanding dolar AS daripada 4.4660/4685 sewaktu ditutup pada Rabu, manakala ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2371/2397 daripada 3.2315/2338 semasa ditutup pada Rabu dan merosot berbanding euro kepada 4.5471/5502 daripada 4.5455/5480 sebelum ini.

Unit tempatan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.3077/3102 daripada 3.3126/3147 semalam dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3959/3995 daripada 5.4048/4078.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Sekarang siapa jadi kerajaan, Muhyiddin kritik isu kejatuhan ringgit
February 24, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok