Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman

August 13, 2022 · Isu semasa

Dua lagi kenaikan kadar faedah dijangkakan pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan berlangsung pada September dan November tahun ini selepas pertumbuhan kukuh keluaran dalam negara kasar (KDNK) untuk suku kedua 2022 diumumkan pada Jumaat.

Pakar ekonomi OCBC Bank Wellian Wiranto melihat kemungkinan terdapatnya kenaikan 25 mata asas (bps) lagi dalam mesyuarat MPC bulan September, sebahagiannya disebabkan oleh tekanan harga yang mula muncul dan nampak lebih ketara, lapor Bernama.

“Walaupun mungkin kini telah ada bisik-bisik menyatakan kenaikan yang lebih tinggi, katalah dalam 50 mata asas, kami masih terus meletakkan kebarangkalian yang lebih rendah untuk itu.

“Hakikat bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) agak awal dalam menormalkan kadar – sudah menaikkan kadar sebanyak dua kali tahun ini – ini telah memberikannya ruang untuk terus menggunakan pendekatan sederhana dan beransur-ansur buat masa ini.

“Namun begitu, kami melihat ruang lebih tinggi untuk kenaikan 25 mata asas lagi dalam mesyuarat terakhir tahun ini pada November, yang akan meletakkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus menjelang akhir 2022,” katanya menerusi satu laporan serantau di sini.

Wellian menambah sekiranya inflasi teras meningkat kepada kelajuan melebihi 3.5 peratus tahun ke tahun berbanding 3.0 peratus terkini pada bulan Jun, kemungkinan kenaikan pada MPC bulan November ini adalah lebih nyata.

Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus semalam berkata ekonomi Malaysia telah menyerap kesan kenaikan OPR dengan baik.

“Adalah sangat jelas bahawa kita tidak lagi berada dalam krisis,” ujar beliau.

“Momentum dari segi pembayaran balik pinjaman, tidak terjejas,” katanya merujuk kepada kenaikan OPR semasa sidang media bersama Jabatan Perangkaan Malaysia untuk mengumumkan prestasi KDNK suku kedua di sini pada Jumaat.

Malaysia telah menaikkan OPR sebanyak dua kali tahun ini iaitu kepada 2.25 peratus daripada serendah 1.75 peratus.

Bagi KDNK, Wellian berkata bank itu “terlalu konservatif” dalam menganggarkan kekuatan asas ekonomi Malaysia kerana KDNK suku kedua ternyata telah mencatatkan pertumbuhan kukuh pada 8.9 peratus tahun ke tahun.

Pakar ekonomi itu berkata lonjakan dalam penggunaan swasta adalah lebih tinggi pada 18.3 peratus berbanding 5.5 peratus pada suku pertama.

Pemulihan dalam pasaran buruh sepanjang tempoh itu juga telah membantu mengukuhkan penggunaan selepas kadar pengangguran terus turun kepada 3.8 peratus pada Jun berbanding paras tertinggi 4.8 peratus tahun lepas.

Secara keseluruhannya, Wellian berkata kekuatan pada suku kedua seharusnya memberi petanda baik untuk kesihatan asas dalam ekonomi tatkala negara melangkah lebih jauh ke separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, MIDF Research pula telah menyemak naik unjuran pertumbuhan KDNK 2022 kepada 6.6 peratus daripada 6.0 peratus sebelum ini kerana ia menjangkakan momentum pertumbuhan positif yang berterusan pada separuh kedua tahun ini.

Menurutnya, ini akan dirangsang oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan pengguna, aktiviti perniagaan yang bertambah baik serta pertumbuhan yang mampan dalam permintaan luar.

Namun begitu, ia masih mengambil sikap berwaspada dengan kemungkinan risiko menurun daripada perkembangan luaran seperti pemulihan China yang lemah, risiko kemelesetan, kelembapan yang lebih meruncing di AS dan ekonomi global, perang Ukraine yang berterusan, peningkatan ketegangan geopolitik dan tekanan inflasi yang tinggi di seluruh dunia akibat kenaikan harga komoditi.

Bergerak ke hadapan, MIDF Research berkata lebihan akaun semasa Malaysia sepatutnya kembali kukuh, didorong oleh hasil eksport yang stabil daripada harga komoditi global yang tinggi serta permintaan serantau yang menggalakkan.

Imbangan akaun semasa Malaysia kekal dalam lebihan dan meningkat kepada RM4.4 bilion pada suku kedua daripada paras terendah sembilan tahun iaitu RM3.0 bilion yang dicatatkan pada suku pertama.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023· Isu semasa
Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran
October 23, 2023· Isu semasa
Pelabur asing jadi penjual bersih minggu lepas, bernilai RM44.7 juta
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
Jemaah pulang umrah cetus kluster baharu di Sabah
December 22, 2021
Kes baharu Covid-19 meningkat lepasi paras 3,000
January 5, 2022
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Kasut selesa elak sakit kaki
January 24, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
15 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
15 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok