Subsidi tarif elektrik ditanggung kerajaan RM6.51 bilion pada 2022

August 11, 2022 · Isu semasa

Kerajaan menampung subsidi tarif elektrik berjumlah RM6.51 bilion pada tahun ini bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju berkata ia susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Jun lepas yang mengekalkan rebat dua sen kilowatt per jam (kWj) kepada semua pengguna domestik dan surcaj RM3.70 sen/kWj kepada semua pengguna bukan domestik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Dis 2022, lapor Bernama.

“Dalam hal ini, semua pengguna di Semenanjung akan membayar bil elektrik pada kadar yang sama seperti yang dibayar sejak Januari 2022 berdasarkan penggunaan elektrik masing-masing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Khairil Nizam Khirudin yang ingin tahu jumlah subsidi yang telah dan akan diperuntukkan kerajaan melalui Suruhanjaya Tenaga bagi memastikan tiada kenaikan tarif elektrik untuk membantu rakyat menghadapi tekanan inflasi.

Ali juga memaklumkan sejak Januari 2021 hingga Jun lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM715 juta bagi mengekalkan rebat dua sen/kWj kepada semua pengguna domestik walaupun surcaj RM3.70 sen/kWj sepatutnya dikenakan kepada semua pengguna elektrik di Semenanjung bermula Januari 2022.

Sementara itu, beliau berkata sebarang keputusan tarif elektrik berikutnya adalah berdasarkan kepada mekanisme Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) hujung tahun ini yang bergantung pada harga bekalan bahan api di peringkat antarabangsa.

Katanya kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Kewangan akan mengkaji kemungkinan pemberian subsidi tenaga secara bersasar.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Projek HSR: Saman terhadap empat tokoh politik dibatalkan mahkamah
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok