Badan pemantau rasuah gesa tangguh pembayaran dalam projek LCS

August 8, 2022 · Isu semasa

Kerajaan digesa menangguhkan pembayaran dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) sehingga pembinaannya berjaya disiapkan terlebih dahulu, kata badan pemantau rasuah.

Gesaan itu dibuat Transparency International Malaysia (TI-M) dalam syornya kepada kerajaan bagi menangani skandal projek kapal tidak siap bernilai RM9.1 bilion tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) perlu diadakan untuk audit pertengahan yang akan dijalankan bagi semua projek sektor awam membabitkan berbilion ringgit.

“Langkah ini akan membantu mengesan sebarang isu dan menanganinya sebelum ia menjadi risiko yang membawa kepada kelewatan serta kemungkinan melampaui bajet yang ditetapkan.

“Selain itu, kerajaan perlu memastikan semua projek bernilai dan berimpak tinggi, yang membabitkan wang pembayar cukai disemak oleh Parlimen sebelum ia diluluskan serta memastikan proses tender yang kompetitif diguna pakai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TI-M mempersoalkan bagaimana projek LCS yang bermula pada 2013 boleh dibiarkan sehingga berdepan kegagalan perolehan dan tadbir urus yang besar untuk sekian lama, selain aspek pengawasan, tadbir urus yang baik dan akauntabiliti.

Badan itu menggesa kerajaan menyiasat kontraktor dan subkontraktor LCS di semua peringkat bagi memastikan tiada pemalsuan syarikat (dummy companies) yang mendorong kepada penggelapan kontrak dengan nilai yang besar itu.

TI-M juga menggesa tindakan tegas diambil jika didapati mana-mana penjawat awam cuai dalam melaksanakan tugas fidusiari berkaitan projek, terutama tugas berkaitan pengawasan dan pelaporan.

“Prosiding jenayah perlu dimulakan terhadap sesiapa yang disyaki melakukan kesalahan di bawah pelbagai undang-undang di Malaysia, terutama suapan, rasuah dan salah guna jawatan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

TI-M berkata, sebarang kegagalan atau kelewatan bertindak oleh kerajaan didakwa akan menunjukkan sikap tidak ikhlas terhadap komitmennya untuk melaksanakan reformasi institusi dan perjuangan membasmi rasuah.

“Malangnya, Malaysia kini semakin dikenali dengan amalan tadbir urus buruk yang mengakibatkan kerugian berbilion ringgit dana awam, daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada projek LCS ini.

Khamis lalu, selepas dua tahun tahun disiasat dan sembilan prosiding, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek LCS.

Rumusan berkenaan termasuk kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal yang diterima setakat ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Helikopter terhempas di Bidor, juruterbang terbunuh: Polis
September 12, 2022
Banjir di Kedah makin buruk, air enam sungai pula naik
October 29, 2022
Letak jawatan jika tak sebulu dengan kerajaan, kata Hadi Awang
May 10, 2021
Tak patut lantik Asyraf Wajdi jadi pengerusi MARA: Pakar ekonomi
March 25, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok