Jawatankuasa ditubuh siasat insiden KPPA dan pegawai imigresen di KLIA

August 6, 2022 · Isu semasa

Kabinet mengarahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali untuk menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman bagi menyiasat insiden melibatkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dan pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet kerana tidak mahu timbul perpecahan dalam kalangan kakitangan kerajaan susulan insiden itu sebaliknya mahu agar suasana hubungan harmoni antara penjawat awam dapat terus dikekalkan, lapor Bernama.

“Kabinet setuju untuk meminta KSN melihat perkara itu dan menubuhkan jawatankuasa di peringkat dalaman untuk menyiasat perkara tersebut.

“Kita kena berlaku adil kepada semua pihak, yang mengadu dan yang diadu. Kita serah kepada jawatankuasa itu yang akan ditentukan KSN, siapa pengerusi dan ahli-ahli untuk membuat siasatan secara dalaman,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini.

Perdana Menteri ditanya mengenai insiden yang tular di media sosial berhubung dakwaan KPPA telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai Imigresen di KLIA pada 3 Ogos lepas,

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan pada 4 Ogos lepas, bagaimanapun menafikan tuduhan terhadap KPPA dan menjelaskan Mohd Shafiq hanya membuat teguran terhadap pihak imigresen di KLIA berhubung ketidakpatuhan amalan dan prosedur.

Mengenai keanggotaan ahli jawatankuasa itu, Ismail Sabri berkata ia berkemungkinan melibatkan pihak luar malah ada yang mencadangkan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun sebagai pengerusi, namun keputusan pemilihan akan diserahkan kepada KSN.

Ditanya mengenai tempoh masa siasatan, beliau berkata ia terserah kepada jawatankuasa berkenaan memandangkan terdapat video yang tular dan perlu memanggil saksi kedua-dua belah pihak sebelum keputusan dapat dibuat.

Berita berkaitan
Selepas beberapa bulan jawatan Ketua Audit kosong, kerajaan umum lantikan baharu
June 12, 2023· Isu semasa
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023· Isu semasa
Kenyataan media palsu tular berhubung pendakwaan ke atas KSN
May 7, 2023· Isu semasa
Popular
Cendawan tahi lembu jadi dadah untuk kepuasan berhibur: Polis
April 6, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
MalaysiaNow tidak dapat diakses pengguna
June 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
8 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
8 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok