Kenyataan media palsu tular berhubung pendakwaan ke atas KSN

May 7, 2023 · Isu semasa

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menafikan sekeras-kerasnya telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pendakwaan ke atas Tan Sri Mohd Zuki Ali.

AGC dalam kenyataan di sini hari ini berkata penafian itu merujuk kepada kenyataan media Ruj: PN. PRO.100-3/6/4 Jld.5(11) Pendakwaan ke Atas Tan Sri Zuki Bin Ali – Ketua Setiausaha Negara (KSN) bertarikh 5 Mei 2023, menurut laporan Bernama.

Kenyataan media palsu menggunakan jata negara dan nama AGC itu menyatakan susulan daripada arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, AGC telah menerima kertas siasatan daripada pegawai khas Perdana Menteri berhubung isu dakwaan terhadap Tan Sri Zuki Ali.

Pemerhatian terhadap kenyataan palsu itu mendapati nama KSN adalah salah.

Kenyataan palsu itu turut menyatakan AGC menegaskan bahawa keputusan untuk mengenakan pertuduhan Tan Sri Mohd Zuki Ali adalah berdasarkan keterangan dan fakta hasil daripada penyiasatan dan bukan atas desakan oleh mana-mana pihak atau faktor lain.

Berita berkaitan
Kita tiada pilihan dan kita tidak boleh tutup, kata PMX ulas isu kapal LCS
May 27, 2023· Isu semasa
Pasukan pendakwa serah laporan forensik WhatsApp kes rasuah Guan Eng
May 10, 2023· Isu semasa
Belajar hormati rakan parti lain, kata Zahid selepas Khalid pertikai pengampunan
April 30, 2023· Politik
PAS anjur solat hajat untuk lawan kezaliman terhadap pemimpin pembangkang
March 9, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
3 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
5 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
6 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
10 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
10 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok