Banjir kilat sekali lagi melanda dua kampung di Baling

July 29, 2022 · Isu semasa

Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan tujuh keluarga yang dipindahkan ekoran banjir kilat yang membabitkan dua buah kampung di Baling malam ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Kapten Rasidah Kassim berkata kampung yang terlibat ialah Kampung Iboi dan Kampung Badang di Mukim Kupang, lapor Bernama.

“Tujuh keluarga itu dipindahkan ke PPS Dewan Haji Hassan Samah yang dibuka pada pukul 9 malam tadi ekoran kediaman mereka dinaiki air selepas hujan lebat pada petang tadi.

“Bagaimana pun jumlah mangsa daripada tujuh keluarga yang terlibat masih dalam kiraan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Katanya hujan lebat bermula kira-kira 2 petang tadi dan berterusan selama tiga jam menyebabkan air Sungai Kupang melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal berdekatan tebing sungai.

Katanya, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) menerima laporan mengenai banjir kilat itu kira-kira pukul 5 petang dan telah menggerakkan anggota ke lokasi kejadian dan mendapati beberapa rumah telah dinaiki air.

Tambah beliau, paras air Sungai Kupang juga telah melepasi jambatan Bailey di Kampung Iboi dan pihak polis telah mengarahkan laluan itu ditutup sehingga keadaan pulih dan selamat untuk dilalui.

“Penduduk di kawasan tebing sungai dan kawasan rendah juga dinasihatkan untuk terus berwaspada dan meninggalkan kediaman mereka sekiranya paras air terus meningkat,” katanya.

Tambah beliau pihak APM dan agensi lain yang berkaitan akan terus memantau keadaan di kawasan itu dari semasa ke semasa.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Puting beliung dan ribut melanda Kubang Pasu
October 29, 2023· Isu semasa
Kes bunuh warga emas, empat lelaki dituduh di mahkamah
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok