Kes bunuh warga emas, empat lelaki dituduh di mahkamah

October 10, 2023 · Isu semasa

Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Baling hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga emas, yang ditemukan dalam keadaan leher dijerut manakala kedua-dua kaki dan tangannya diikat, di rumahnya di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil dekat sini.

Tamilselvam, 25, C.Vickarran, 33, Sarim Omar, 33, dan S.Sureshkumar, 21, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, empat lelaki itu dituduh mencapai niat bersama melakukan bunuh ke atas S. Kanan, 71, di sebuah rumah di Lorong Bidara 4, Taman Desa Bidara, Kuala Ketil pada 3 petang 1 Okt lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang 30 tahun, tetapi tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum gantung boleh dikenakan hukuman sebatan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Najwa Che Mat yang mendengar kes itu menetapkan 14 Dis depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ikmal Affandi Zulkifli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita berkaitan
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok