Data dagangan bukti PN semakin berjaya pulihkan ekonomi

April 30, 2021 · Isu semasa

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang melihat negara di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) semakin berjaya memulihkan ekonomi walaupun berdepan pandemik Covid-19.

Ini katanya adalah berdasarkan kepada statistik dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia berkaitan nilai eksport, import dan dagangan.

“Alhamdulilah negara kita semakin memulih daripada krisis ekonomi ekoran daripada wabak pandemik Covid-19 dengan pertumbuhan tertinggi eksport dalam tempoh 44 bulan dengan nilai RM104.9 billion pada bulan Mac.

“Turut catat nilai tertinggi adalah import pada bulan Mac dengan nilai RM80.8 bilion,” kata Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu.

Abdul Hadi berkata, laporan jabatan berkenaan bahawa Malaysia mencatatkan lebihan dagangan berjumlah RM24.2 billion yang memberi isyarat bahawa Malaysia berada pada landasan yang betul dalam fasa pemulihan ekonomi.

“Eksport Malaysia pada Mac 2021 menunjukkan perkembangan dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 31% kepada RM104.9 billion dari setahun yang lalu dan merupakan pertumbuhan tahun ke tahun tertinggi dalam 44 bulan.

“Kerajaan Malaysia di bawah kendalian Perikatan Nasional akan terus komited dalam melaksanakan agenda pembangunan negara seperti mana yang disebutkan di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Beliau memberi jaminan kerajaan PN akan terus membangunkan Malaysia secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok