Kerajaan mula bincang dengan Indonesia berhubung isu beku pekerja asing

July 18, 2022 · Isu semasa

Perbincangan kerajaan dan pihak Indonesia mengenai isu pembekuan pekerja asing dari negara itu sudah dimulakan hari ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata perbincangan yang turut melibatkan Jabatan Imigresen dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) itu akan meneliti isu-isu dibangkitkan kedua-dua pihak yang memerlukan sedikit perubahan, lapor Bernama.

“Perbincangan dengan pihak Indonesia adalah untuk memastikan supaya segala salah faham, silap komunikasi yang ada, dapat diselesaikan dengan secepatnya.

“Suka saya ingatkan, kita (Kementerian Dalam Negeri dan KSM mewakili kerajaan, akan sentiasa pastikan pengurusan pekerja asing di Malaysia sentiasa berlandaskan kedaulatan undang-undang negara dan pada masa sama menjamin bahawa semua pekerja asing yang berada di Malaysia dilindungi secara saksama mengikuti undang-undang yang ada dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Bersama KDN dan KSM mengenai pengurusan pekerja asing di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman di sini hari ini.

Minggu lepas Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono memaklumkan mengenai keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak 13 Julai.

Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan System Maid Online (SMO) dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu One Channel System (OCS) menerusi memorandum persefahaman (MoU) Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang dicapai pada April lepas.

Menurut Hamzah, pihaknya mengakui langkah pembekuan itu memang berkaitan dengan OCS namun dalam perjanjian yang ditandatangani, telah dimaklumkan bahawa segala kekhilafan (masalah) yang akan timbul tidak sepatutnya dikongsi kepada media.

“Saya tak payahlah sebut apa, biar kita bincang dalam itu (mesyuarat),“ katanya.

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Warga Indonesia dipercayai dibaham harimau di Gua Musang
November 11, 2023· Isu semasa
Pemuda PAS bidas kenyataan Menteri KDN berhubung cadangan bawa keluar rakyat Palestine
November 6, 2023· Politik
Iskandar Dzulkarnain digantung keahlian selepas sokong Anwar: Bersatu
November 4, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok