Nora nafi nikah Annuar Musa

April 29, 2021 · Isu semasa

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, 47, menafikan desas-desus beliau berkahwin dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Sambil menganggap kekecohan yang tercetus dalam media sosial sebagai gurauan beliau menegaskan dirinya masih solo hingga ke hari ini.

Memetik laporan K!Online Nora mengakui tidak pasti mengenai kekecohan di dalam Twitter dan media sosial lain sebaliknya beliau sibuk menjual nasi kerabu dan rendang tok.

“Ini bulan Ramadan, tak baik cerita yang bukan-bukan. Berdosa tu … sebab itu semua memang tak benar,” katanya.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin bergelar ibu tunggal kepada empat cahayamata selepas pemergian suaminya yang juga komposer tersohor, Allahyarham Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.

Terdahulu, tular ciapan seorang pengguna yang melayangkan ucapan tahniah kepada Annuar dengan memberi bayangan beliau sudah bernikah dengan Nora.

“Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor (sangat) sekarang. I like… hurmmm… Aummmm…!!!”, menurut hantaran dikongsi pemilik akaun @zack­_rockstar.

Susulan daripada ciapan tersebur, anak sulung Nora, Mohamad Syakir Iman Johan mendesak individu yang menyebarkan gosip berkenaan menampilkan bukti menerusi medium sama.

“Kepada semua peguam, adakah ini (dakwaan Nora dan Annuar berkahwin) boleh dianggap satu fitnah? Saya baru bertanya kepada ahli keluarga saya.

“Jika pengguna (pemilik Twitter) tersebut menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, sila kemukakan bukti atau memang kerja dia untuk cipta fitnah murahan,” tulisnya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Zahid patut malu duduk di UMNO, hati di PKR-DAP : Annuar
August 7, 2023· Politik
Takut hilang sokongan, Asyraf kata UMNO tak pecat ahli sertai MN, PAS
August 5, 2023· Politik
UMNO Ketereh lumpuh selepas ahli umum keluar parti, termasuk anak Annuar
August 4, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Pekerja asing: Indonesia kata Malaysia tak patuh butiran MoU
July 14, 2022
Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun
September 24, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
2 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
2 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok