Wan Junaidi kecewa Dr M enggan beri maklumat isu Batu Puteh

June 29, 2022 · Isu semasa

Sebarang bantahan mengenai kedudukan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas (PPK) Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sewajarnya dibangkitkan lebih awal untuk perhatian kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiada isu berbangkit berkaitan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Oktober 2021 untuk melantik Apandi sebagai Pengerusi PPK memandangkan pertimbangan sewajarnya telah dilaksanakan terhadap keputusan menubuhkan pasukan petugas itu.

Katanya beliau dan PPK mengambil maklum pendirian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak meneruskan sesi temu bual saksi bersama Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance di Jabatan Peguam Negara, semalam.

Wan Junaidi berkata ini selaras dengan kenyataan Dr Mahathir untuk tidak memberikan kerjasama selagi Apandi masih bertindak sebagai Pengerusi PPK.

“PPK hanya ingin mendengar dan mendapatkan pandangan mengenai situasi pada 2018 apabila kerajaan menarik balik rayuan kes ini di International Court of Justice (ICJ).

“Tun (Dr Mahathir Mohamad) sedia maklum pelantikan Pengerusi PPK dan beliau (Dr Mahathir) sebenarnya boleh menolak untuk hadir ke sesi pagi (semalam) di Jabatan Peguam Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata keputusan Dr Mahathir itu amat mengecewakan selain mengejutkan panel penemubual dan perkara-perkara yang sepatutnya dapat dikongsikan bekas Perdana Menteri itu tidak dapat diperoleh PPK.

Menurutnya, PPK dilantik dengan tujuan spesifik meninjau dan mengkaji opsyen-opsyen perundangan untuk Malaysia serta menyiasat berkaitan penarikan rayuan kes itu di ICJ pada 2018.

“PPK telah menjalankan tugas selama tujuh bulan sehingga laporan interim dan laporan akhir siap, serta sedang menyediakan tindakan susulan.

“Adalah mustahil untuk saya bertindak sewenang-wenangnya tanpa sebarang justifikasi bagi mengeluarkan Mohamed Apandi sebagai pengerusi apabila Jemaah Menteri membuat keputusan berkaitan pelantikan beliau,” katanya.

Menteri itu menegaskan PPK tetap meneruskan komitmen dan tanggungjawab menghasilkan laporan akhir seperti yang dirancang selaras dengan tujuan penubuhannya untuk meneliti hala tuju berhubung kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. – Bernama

Berita berkaitan
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Tun M komited bantu pembangunan ekonomi ‘SG4’
September 21, 2023· Isu semasa
Dua bekas calon kalah PRU dilantik jadi Senator, Wan Junaidi dilantik Speaker
June 19, 2023· Politik
Popular
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
‘Terengganu Menangis’: 26 hadir kenduri terjangkit Covid-19
April 16, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok